Thursday, February 20, 2014

Hari ini hari Khamis... Dah tu..????

Hari ni masuk hopis mcm biasa. 7.15am dah kuar dr umah sbb smlm biras aku, Umi yg keje Maybank kat Bangsar nelepon katanya jem teruk kat bt 3. Tanya aku kenapa jem kot lah aku dah lalu federal kan.. Tapi sygnya hakak EL, dik.. So x dptlah nak roger2 info..

So mengambil ikhtibar dr kes smlm aku pun mengambil langkah acah2 bijak utk kuar awal pd hari ni. Dan terpancul depan punch card dgn jayanaya sblm kul 8.30am. Amazingggg... Tettttt!!!
Lately ni mmg byk sgt kerja especially for new packaging. Mcm biasalah OEM product mmg byk sgt kat market. So aku kene blander hotak ni utk perah idea. Tapi kalau dtg musim jengkolnya mmg hotak aku sgt lemau utk kuarkan idea2 bernas.. Tapi kalau idea mencurah2.. X kira hujan panas ke, pelangi petang ke aku hadap monitor ni mcm x der esok2.. Haaa gigil kan dgr?? *sila jeler lidahhh.

Hari ni baru start utk product liquid chlorophyll dgn oat..
Ada bermcm peel product lagi nak kene setadi. Ecehhh, terpoyo sudeh! Hari ni aku bercadang utk x setay back. Sbb Darwisy pun tgh x berapa sihat. Nasib hasben masuk kul 3.00pm bleh tolong tgk peel anaknya kotlah demam dah rebah skit, dibuatnya main basikal depan umah tanpa rasa terpalit segan silu. Cikgu bahasa melayunya umah selang 2-3 bijik jer pun. Kot terkantoi mmg heloklah sgt aku talbiah 60minit bersama ustazah don play play ni... *sambil singsing lengan.

Ok time lunch pun dah nak habis waktu. Nak siapkan kerja laju2.. Dan balik dgn hati yg gembiraaa sgt nak hadaap jem..Tapi kalau x der apa mcm excident ke still slow moving dlm 7.15pm sampailah beta ke kg halaman... Dah kenapa??

Ok sambung kelijaaa..

competitor punya packaging


klorofil mambang hijo

Wednesday, February 19, 2014

Darwisy demam

Hari ni aku terpaksa amik EL, Darwisy demam dah 2 hari x baik2.. Darwisy sblm ni mmg kerap benor demamnya. Bleh kata tahun sblm ni adalah 3,4 kali.. Sbb Darwisy ada tonsil kat tekak.. (adakah tonsil di lutut..??)

Tapi lately ni dia agak jarang mendemamkan diri maybe sbb antibodi dah strong utk kene jangkitan. Tonsil tu kalau kene kuman akan menyebabkan dia sakit tekak lantas demam. Haaaa gitewww...
Tapi utk thn ni baru sekali ni dia demam. Dah pernah refer pakar tapi doktor kata cuba tgk beberapa bulan lagi sbb doktor x advised utk operated sbb bila usia meningkat, tonsilnya akan kecut dgn sendiri. Tadi pun buat pertama kalinya Darwisy kene amik darah... Kihhkihhkihhh aku dgn laki aku dok gelak jer apabila dia acah2 lagak macho depan doktor. Bagusss.. Anak jawa x gentar! Amik darah sbb dah byk kes denggi kat kawasan umah kami. Bagus gak sbb depa mmg amik langkah berjaga2. Thumb up klinik kesihatan ini.

So dlm kes ni (ok, scene serius) Darwisy mmg ikut aku, sbb aku mmg ada tonsil tahap kene operated. Dulu masa baru2 masuk sem 1 kat uitm aku selalu mc, demam.. Sampai lecturer tegur maybe aku x bleh berjauhan dgn family.. Hapa kejadahnya aku gi kelas berulang alik kott.. (Hamboi gossip fandaiii tau lecturer ni) Bila fine out, aku disahkan ada tonsil. Disebabkan tatkala itu usia aku dah besau gajah, doktor advised suruh operated sbb mmg x der harapan nak surut sendiri. Bengkaknya besau kokkkk, ukur lilit 50sen kiri dan kanan tekak... Menutup hampir kesemua lorong tekak aku. Time tu nak makan pun perit sbb tekak sempit. (tapi patayya sepinggan khatam gak!) Mmg lepas buang tonsil tu dah x demam2.. Agak lama aku tunggu kot2lah bleh MC time2 assigment tersadai kan... Keji punya permintaan kan?? Kalau demam pun sbb aku letih sgt atau pun tersampuk bunian time short cut kat pintu gate belakang uitm. Haahahhaahaaaa.. Mcm bayilah sgt tersampuk2 bagai dah tua2.

So lepas hari ni bg Darwisy makan nasi ayam peberet. Sbb apa peberet??? sbb dia bleh shopping sakan bli aneka jajan (jawaaa betul!) depan kedai makan tu. Nama kedai tu kedai basikal.. Aneh bukan?? Kedai makan tapi panggil kedai basikal.. Kalau pes time org dengar mesti kata aku konpiussss dlm kesamaran. Taaakkk sbb depan kedai tu ada arca basikal tergantung atas fokok. Tempat ni ngetop tau dikalangan kawasan kami.. Tunggulah aku heret producer jln2 cari makan. Wahhh.. ! Nantilah aku snap. Citer tapi x der gambo.. Chaittt!!! Hasben plak hari hi masuk kerja kul 3ptg. Musti mereka2 kata kami memonteng kerja mengheret anak sekali. Bleh siap berfoya2 makan goreng pisang dan roti sardin. Ahhhhh... Jelesss lah tuh! *sapa nak kisah hapipah oiii..

Balik Darwisy makan obat terus tersadai mcm ikan paus di lautan..
Dgn haku2 sekali terjebak. Lalu kami hayut...
Hokey. Rasanya x payah citerlah apa yg terjadi seterusnya... Zzzzzzz. Heben kau!
Hokey nak minum petang. Dlm pd sdg menulis aku sempat tahan putu mayam depan umah.. Ko mampu??? Alahai ganda 23 punya nikmat menu minum petang. Pastu bancuh kopi O, sekali lagi heben ganda 44... Kebabooooo!!!

Hahahahaa Darwisy sampai skrg x bangun lagi. Sblm Darwisy aku ni bangun, nak siap2kan minum petang dia. Kadang2 rasa bahagia plak sesekali jd suri umah. Tingggg!!? Hapaaa.. Benti keja??? Hahahhaa tunggulah kwsp aku berkepok sampai langit biru. Haahaahaa x hengat punya berangan man andir!
Hokey sekian...! Daaaaa esok sambung lagi


Kelihatan yg berkenanan sedang hanyut....



Sgt oldies bukan pinggan mak aji Rocky..
Baru terasa mcm ala2 zaman Jimi Asmara giteww..

Tuesday, February 18, 2014

Selasa yg gelabah..!

Selamat Pagi dan selamat hari Selasa
Tah mcm mana hr ni aku bleh plak terlajak anjakan paradigma terbangun lambat... Mentang pulak sdg sahaja aku bercoti. Tu yg melangha tu...
Mcm biase apabila dah lambat maka terpancarlah aksi2 gelabah babun amazon nya.. Kejut Darwisy pun lagak warden PLKN. Dia bengang aku plak yg mandi duluan.. Ewahhhh bukan main nak sentap mak nab kau anak...
Nasib hasben kija ptg lantas memecut Novo nya sambil mentata aku.
Anak beranak sempat mentata aku dlm kekdah dah lambat yg gelabah. Lup u ouls lah bebeh...  Aku pun dgn x semena2 pun lambat gak lah ke hopis.. Tapi mujurlah (mujurrrr sgt!) hopis aku ni fleksible. Kalau masuk lmbt, makanya balik pun haruslah lambat.. Suka suki abah kau jer nak dtg tgh hari buta ke, senjakala ke.. Tunggu mak aku bukak kompeni jual kerepek sukun eksport ke Dublin.
So sempat berbedak jer. Eyeliner pun toreh dlm keta. Senget benget ke, pedulik neneklah sana.. Sbb mata aku ni kalau x pakai eyeline nampak sembab (kalau tua tu, tualah jugak nyer pun!)
Ok sambung kija.. Hari ni saya dijangkakan sibuk (sibuk nak pikir mkn mana lunch ni)

tengok..tengok.. keindahan jem nan INDAH dinihari


calit2 skit eye liner, tatarias yg maha femalas!


Monday, February 17, 2014

Salam..
lama sgt dah ni x berbelog.. lama, lama sgt *heleeehhhh... heran apa org ko ader belog ke tak?
osahkan nak sebaris blogger Hanis Zalika, Hanis Suraya Aura White pun sipi2 cicak tau!
lama sgt x menobel citer2 sendiri hadaptasi cerita sehari2. Aku mmg suka bercerita sejak sekolah
Tu sebab kalau bab pertandingan bercerita aku terhegeh2 memvolunteerkan diri walaupun citer tu x lah se best mana takat tajuk "Puteri Lilin bersama Dulang Ajaib" ko hadooo ...?

Blog ni tempat aku meluahkan perasaan gembira
Sampai perasaan gembira dpt makan biskut cap hap seng pun nak jaja sini.. kisah????

Ok la okla..Fine! ecehhh mcm artis instagram kau!
Byk sgt perkara yg berubah, termasuk saiz badan dan bilangan uban. haaakkhaaakhaakkk!!!
Insyallah.. nanti nak sambung balik hobi menulis ni sbb bila ada sorg classmate kat uitm dulu dah create blog tetiba aku plak touching.. ada blog bersawang lama dah x vacum.

Tapi kerana blog nilah aku dpt kenal gak kawan di alam maya yg sampai skrg keep touch, inasazfrog
Sampai la ni x pernah jumpa. end up x sempat2 nak laga pipi. Hanya selalu mintak pendapat bab2 kerja2 graphix ni. Aderlah 6-5 thn aku start blog tapi disebabkan aku ader peel lazy gaga.. haahahaaa terus smack down blog ni. Sbb lebih gemo berborak live dgn kawan2.. lebih mendekati katanya. Phuihhhh...!

Ok kang sambung lagi... sbb aku dah dpt bos baruuu (bahagia yg ikhlas sgttttt)
Lady bos hokey. but for me is no problem.. (BI adalah kredit hokey!)
Sbb sblm ni bos aku pun femfuan
Bos kata aku suka gelak totop molot.. dia x tau akulah staff paling langsi kat dlm hopis ni
Ok... daaaaa jumpa lagi!

Wednesday, March 28, 2012

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Zohor Berjemaah







Alhamdulillah... selesai majlis yg sbg mana committee rancangkan. Majlis Bacaan Yassin dan Solat Zohor Berjemaah anjuran Surau dan hal ehwal kebajikan islam CCMD.

We all decided utk buat 3 bulan sekali dan utk pertama kali penganjurannya sambutan melebihi jangkaan. Ternyata waktu rehat yg digunakan mendapat sambutan. Staff bersama2 di majlis ilmiah walaupun mengorbankan waktu rehat. Diharap sambutan lepas ni lebih memberangsangkan...

#tetibe mode aku acah2 dr penceramah bebas yg penuh hemah dan terpercik watak ustazah pilihan sekejap....

Tuesday, March 27, 2012

Steamboat...yunnek!!

Sesekali layan steamboat pun ok gak... tapi tekak aku lama2 loya gak kalau makan steamboat secara unlimitednya. Maklumlah tekak org kampung... layan nasi ambeng sajork. Lagi pun aku bukanlah penggemar seafood yg terhandal.

Ahad lepas, balik dr jemput En. Hasben dr MBSA terus ke Kota Kemuning menghambakan tekak menelah steamboat2 itu. En. Hasben ke PD ada tournament tarik tali 3 hari. Ni kira balasan aku menjaga anaknya dgn cermat tanpa prajudis sepeningalannya ke luar daerah... ekekehhh.

Kami check in @ Flamingo Steamboat Buffet Kota Kemuning.

Dan sekerimnya sgtlah sedapp (x der kene mengena dgn cerite steamboat lo..)


Rentung awak berjemur..tatapi awak tetap ensem.


Little Darwisy dan omak eh




Susah nak makan...tah baka sapalah diikutnya. Mak apaknya kaki makan..haiyaaa!!


Mari main masak2...


Tata...kami mahu pulang.

Monday, March 26, 2012

Weekend agaenda....

Weekend lepas aku kuar perfoya2 dgn anak2 buah ke Ikea @ The Curve. My yiincik hasben x joint sbb beliau ada tournament tarik tali kat Pd. Makanya aku pun ajak dorang teman mengisi masa utk mengabiskan duit gaji yg ado (tgh bulan makan kertas A4..)
Dgn harapan cuma tgk2 jerlah kunun. Tapi gi Ikea nak tgk2...? Kirim salamm lah. Tau2 beg guni biru tu senget jugalah bahu memikul. (Tak nak bawak troli takut terborong..sudahnya?)


Najihah & tuan tanah..


Ira & Batrisyia


Anak den yg sdg membaham meat balls & Najihah


Kami...

Sampai umah pun dekat2 kul 11 gaklah kami berjimba-jibaan. Nasiblah anak buah aku ada.. adalah teman nak berjln2 buat riuh2kan keta.. Chill..!!!

*akceli misi nak beli kasut. Kasut x dpt tempat rak pinggan aku bawak balik. Dush.. Dush.. Dush..!!!