Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah....

Najihah, anak akak aku yg no. 2


Hujan renyai2. Abg sulung aku & akak2 ipar aku


Mak menanti dgn penuh debar...


Bye..bey.. mak! Bye..bye.. Akak!


Dan ini org yg diamanahkan utk menjaga rumah


Nangis yg tak tahan tu...Azie & Najihah


Sedey woo..sob..sob..sob...


Aku? Biase jer, tapi bengenang gak...


Kak Intan aka akak ipar aku buat checklist!


Akak aku, anak2 suami tercinta!

Mak, mak mertua aku & kakak ipar aku


Berebut nak salam. Mak aku cam artis Astro Oasis


Ramai yg menghantar


2 org akak ipar aku sibuk menguruskan beg mak & akak aku.


Darwisy berjaya mempau ayahnya dgn Belon ini!


Muka baru sampai...


Perancangan awal ,teratur & mudah, alhamdulillah!



Doa kami mengiringi perjalanan mak & akak ke tanah Suci



Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat menghantar mak & akak ke tabung haji untuk menunaikan rukun islam ke-5. Dari mula hingga proses menghantar, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah dan moga2 segala urusan mereka disana dipermudahkan juga hendaknya dan pulang dgn Haji yg Mabrur.


Sedey tu biase2 jer, cheh! Air mata mengalir tu hapa? Peluh kah? Aku sedey bila anak2 akak aku mula menangis. Yelah, dari kecik sampai besau, belum pernah kene tinggal dgn mamanya. Azie anak akak aku yg paling bongsu 11 tahun, agak merah jugak matanya menahan sebak. Tapi kami sekeluarga, bersyukur cause hajat mak terkabul. Ini semua atas izin Allah dan tak putus2 doa mak. Abg aku yg sulung byk menguruskan segala proses urusan haji mak & akak dari awal sehinggalah ke menghantar di Tabung Haji. Dan dia benar2 memikul tanggungjawab sbg nak lelaki sulung dan memegang amanat arwah abah aku supaya dpt menguruskan mak ke Mekah.

So kita tinggalkan hal mak & akak aku. Mcm biasa, alhamdulillah aku dpt menguruskan segala amanah & pesanan2 pihak penaja (Pn. Rocky) sepanjang peninggalannya. Aku telah membahagi2 tugas dgn Tuan Besar. Tuan Besar memegang amanah di luar umah termasuk penjagaan pokok2 bunga kesayangan Pn. Rocky .

Ptg ni sudah ku susun jadual menu masakan yg akan aku hidangkan utk anak2 buah aku. Sedap 2 sedap korang makan jer. Kejam! Ucu tau weekend korang kene blanje aku tgk “Papadom”. Hapa? Ko ingat free2 jer aku jadik bibik korang? Kadang2 seronok gak kan mama korang tinggalkan korang. Mlm tadi sampai kul 12.30mlm korang tekun dgn lawak2 spastik membuli aku. Kalau mama korang ader, berdesup tajam lagi nyaring jeritan batin suara mama memanggil2 balik. Tenang jer masuk tepat ke corong telinga...korang tak tau jeritan aku mengalahkan petir !

Alahai si kecik...



Pagi ni dia buat hal. Mlm tadi elok jer dia siap nak tido2 bagai umah Nenek Jah dia. Pagi tadi sampai jer umah mak mertua, dia nak balik. Adoi... aku tgk muka hubby, hubby tgk muka aku. Nasib mak mertua pandai nak amik hati, dibawaknya pegi bli breakfast. Mak aku alhamdulillah selamat sampai di Madinah pagi Sabtu lepas. So selama mak tak ada, aku terpaksa hantar umah mak mertua aku buat sementara waktu. Darwisy kalau aku @ hubby ada dia nak tinggal umah mertua, tapi setakat ni dia belum pernah tinggal tanpa kami.


Biarlah..anak ni tak bleh dimanjakan sgt & tak bleh nak ikutkan sgt telunjuk dia. Lagipun tinggal dgn mak mertua, bukan org lain. Biar kasih sayang dia sama rata & tak berbelah bagi...

Thursday, October 22, 2009

Tercicir kah aku...?







Salam utk semua....
Aku ni selalu ketinggalan kan...? kan...?
Bukan apa, aku x der mood nak update Blog apelagi FB.
Lagi pun aku bukan kaki sgt. Ader mood aku layannn....
Tah kenape sejak sebelum raya lagi aku x der mood.
Nak kata sibuk, idak le jugak!

So for Nasazfrog by best friend in Blog, thanks for your reminder.
SMS berbunyik ngindu kat aku.... ingat gak ko kat aku.
And sorry tak dpt dtg open house ko.
Nanti aku pi umah abg ipar aku kat JB,
Insyallah aku singgah....
Ni aku upload skit2 gambor. Nanti aku upload lagi.
Raya dah basi kan? kan?
Raya haji blum lagik.....kira pakej hapa.
Sebut pasal raya haji ni, kali ni aku beraya menumpang kasih umah mak mertua.
Tahun ni, tak der nasik impit & kuah kacang @ rendang.
Mak & akak aku beraya sakan kat Tanah Suci.
Sedey jugak, tapi mak pergi buat benda yg sgt baik.
Aku & semua adik beradik tak mau kirim apa2
Cuma doakan kami anak beranak dihadapan ka'abah agar dimurahkan rezeki & bahagia dunia akhirat. Sop..sop.....sedih ka?