Tuesday, September 28, 2010

Weeding Week !

Zid, hang kene ambik berkat..

Berangan duta butik...
Kah..kah..kah...!

Sapa yg pengantin ni sebenarnya?

Makan memang marveles & rojak sgt sedap
Seri & Morgan
Si tembam bulat mencelah ditengah2!

Sweet!

Banner yg siap pakej dgn weeding card

Weeding Card Seri


After raya ni memang byk undangan Open House. Tak kurang juga yg joint 2 events "weeding & open house". Kira memang jahanam sungguhlah planning nak berdiet bulan ni. Org yg mcm aku ni, lagilah malas nak jaga badan. Bedal jerlah selagi x menjejaskan kesihatan. So weeding pertama utk bulan Syawal ni adalah opismate aku Seri, yg mana salah sorang customer weeding card aku. Decoration'nya cantik cause dia choose hitam & silver. So for Seri Selamat Pengantin Baru... Ader lagi 4 weeding sedang menanti di penghujung raya ini. Pakat2 kawin berjemaah dorang ni.

Monday, September 27, 2010

Tara....!

Eh, ader makan2lah...


Wah...siap kek!


OOO...sambut besday ngupanyer!


Celebrated Besday MIL & Me


Ececeh....!


Ader sesuatu


Tara.....!

lagi....!

Wajah yg patut direpair dikejar usia



Alhamdulillah....Syukur cause Allah S.W.T telah memanjangkan umur saya setahun lagi. Dgn penuh keterbukaannya saya umumkan Besday yg ke- 29. So, Sabtu lepas, family husband pakat2 nak sambut Besday My MIL. Besdaynya jatuh pd 19Sept dan Yan 25Sept last Saturday. Tapi yan budget they all x tau besday Yan, hanya celebrated besday MIL jer. Kita yg muda2 ni (muda kah…?) kene hormat yg lebih berusia yer x? Kira En. Husband kata dia beruntung cause 2 wanita yg disayang sambut besday pd bulan yg sama. Achummm..!

Disebabkan weekend sarat dgn open house sana sini tambah plak weeding, so celebration ni nampak cam tergesa2. Smlm, lepas pi weeding & open house we all pi One Utama. So lepas aku solat maghrib, kuar jer dr surau..

"Bu, cuba bau perfume ni...wangi kan.
Ibu pilihlah nak yg mana?"
"Nak buat apa..."?
Sengal tak soalan mak...?
Nak buat mandi ko lah Yan....

Padahal dah tau dah as besday present. Lagi pun laki aku tau dah, aku ni kalau ditanya nak apa emm...arrr...em...arrrr... sampai esok. Tak tau nak mintak apa.
Aku pun x kisah dia nak bg apa...
MIL dpt jam tangan ALBA pakat adik beradik tong2...

So as besday present, aku dpt perfume Hugo Boss & set Safi Rania Gold 24K.
Set Safi Rania Gold 24K tu memula aku yg nak byr sebab dah terpengaruh dgn promoter hari tu. Last2 dia offer nak bayar. Syukur...sebab maybe dia tau ni semua untuk pelaburan sang suami juga.
Kah...kah..kah.... ke dia nak aku sendiri mau ingat.
“Usia hanya pada angka bukan pada wajah”
Nak jadi Rita Rudaini tuhhhh…..Tuihhh!
Aperpun thanxs to everybody in fesbuk and all my family wishing happy besday!

Thursday, September 23, 2010

Acikkk ko!

Salah satu yg menyebabkan aku suke pegi keje (jijik bukan...) sebab budak2 opis yg cam haramm buat lawak tungkik hari2. Seyes, dr punch card sampailah nak balik, masing2 nak tunjukkan kehebatan buat aku sampai nangis2 ketawa. Satu hari kalau tak ketawa, ader samtinglah tu. Tah cirit birit ke, tah dtg bulan ke... Kalau salah sorang x datang keje @ ader keje luar, memang sunyi jer mcm dewan peksa. Tapi kalau semua dah bersidai kat tempat aku, cam bersidai atas pangkin tepi laut. Siap ader yg sound2. Korang mcm buat staff lain kat sini patung jer... sebab terkedu dorang berani buat lawak tanpa perasaan bersalah. Staff sekeliling mcm tgk calon Sinaran Pasport Kegemilangan. Terkekeh..kekek...!

Jaja dan tungkiks & Noein dan gonjeng's antara shortlist pilihan aku. Yg lain mcm Mai & Dayah jadi lalang. Mcm lalang kat padang bola Sekolah Tamil Puchong. Time tempat aku mewah dgn jajan @ makanan, dorang datang berlumba2 mcm semut nampak gula kat tempat aku. Tapi memang syiok dapat member2 yg gonjeng. Antara mereka akulah yg paling senior @ nama saintifiknya yg paling TUA BELIA...ha..ha..ha..bleh? Adakalanya aku sendiri kabur dgn umur aku. Panggggggggg!

Dorang ni x kira aku ni tua ke hapa ke, kalau nak kenekan aku tak baca polisi dulu. Sampai aku nangis2 ketawa. Kalau kene time aku sakit gigi mau bengkak gusi aku ni.
Perut aku naik senak ketawa x habis2.

"Akak...."
"Ermm...."
"Akak kalau nak geng dgn kiter org, akak kene tau password kiter org dulu"
"Aper pasword ko"

"Acikkkk ko!!!"

Memang ko nak kene pijak dgn aku...

Wednesday, September 22, 2010

I will back soon...Da!


Salam utk semua. Dikesempatan ni, Yan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Maaf byk2 cause tak sempat nak upload gambar2 sepanjang berhari raya. Gambar save kat laptop lupa nak transfer kat external hard disk. Kat umah tak sempat2 nak terjah blog sendiri. Masih sibuk berayakah? Taklah...cuma balik dr bercuti panjang byk keja nak kene setel. Insyallah, dlm mase terdekat akan diushakan. Cuma nak bg tau.
"Rindu kat rakan2 blog! I will back soon...Da!"




Tuesday, September 7, 2010

"Selamat Hari Raya Mak"



Selamat Hari Raya mak....dari cucu-ucu mak yg bingit dan riuhh ni. Eykal, Iera, Batrisyia, Darwisy, Fatin, Azie, Qistina & Najiha. Mcm biase, maklah org yg paling sibuk sehari sebelum raya. Menu2 istimewa mak sentiasa ditunggu-tunggu oleh anak2 & cucu2nya. Walaupun hampir 5 tahun kami menyambut syawal tanpa arwah abah, kami tetap sentiasa berada disisi mak. Selamat Hari Raya mak, ampunkan segala dosa2 kami & halalkan makan minum kami. Doa mak sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami sekeluarga. Terima kasih mak....dan semoga Allah sentiasa memanjangkan umur mak dlm ketaatan & keredhaan-Nya. Sayang mak...

Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri...


Insyallah, tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam, akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2010. Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat salah & silap di dalam sebarang penulisan, komen mahupun visual bergambar selama saya berblog. Yang mungkin saya telah menyinggung perasaan mana2 pihak dan sebenarnya ianya tidak disengajakan. Hanyalah sebuah penulisan yang sekadar berkongsi ceritera & bertukar pendapat. Terima kasih kepada rakan2 bloggers yang sudi menjadi sahabat walaupun ianya sekadar di alam maya. Insyallah panjang umur & ada rezeki kita mungkin akan dapat berjumpa….Insyallah!

Dan demi ikatan persahabatan yang dibina diatas jalur lebar ini, saya sekeluarga sekali lagi ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin”. Semoga pengujung Ramadhan ini, kita telah melaluinya dengan penuh keberkatan dan menyambut permulaan Syawal dgn penuh kesyukuran. Kepada yang pulang ke kampung halaman “Selamat Memandu & Berhati-hati di jalan raya”


Salam Sayang dari yandarwisy.blogspot.com