Wednesday, May 27, 2009

Tensen Kah ?




Muka tensen balik keja....Lapo + Penat !
Semua ader....
X sabar nak jadi bos & kuli pd diri sendiri!



Mcm nilah rutin harian aku di hari bekerja. Punch card kul 8.15am (iyer ker...?)Balik kul 5.45pm.Yg aku pelik, time balik nak puch card elok mengilai siap korang kemain suka nak balik. Cam murid Tadika Al-Bam Bam Kajang! Cuba kalau time pagi nak puch masuk, korang suke mcm tu. Harammm! Ni tak! Semua buat muka cam kene pakse keje sampai besok pagi. Ketat gilakkk muka.... Time lunch pun mcm tu jugak. Gelak ketawa mcm esok nak Raya. Meriahhh dol! Cuba balik dr lunch. Dan, time tulah segala keluh kesah meniti di bibir manis. Mengantuklah, sakit perutlah..... Tapi skrg ader satu budak pompuan baru keja sebulan, tapi kepala hotak dia sgt ratu lawak dan menyebabkan aku ketawa sampai menangis2....

*Jaja, ko ingat tak smlm time lepas jogging, Ain buat acting Mak Uda kene tarik dgn baby suruh masuk tido.... time tu Mak Uda tgh siang ikan bilis. Cam haram aku nak tergolek2 ketawa sampai x kuar suara... Gilerlah Ain! Ko memang bleh lawan Nabil!

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru!



Morning!....

Hari ni walaupun aku agak lewat skit ker kantor, tapi pepagi lagik aku dah senyum. Sajer. Nak kata hati tgh berbunga, biase jer. Nak kata dpt duit terpijak, dateline blum lagi. Tapi salah ker aku senyum di pagi Isnin yg nyaman ni.....?
Aku jarang senyum selangkah jer aku di parking kat office ni.
Pakguard pun naik pelik. Nak kata datang awal, aku lewat.

Smlm aku sent sms kat Cikgu form 5 aku.
Pn. Sabariah Hussin. Labih kurang cengginilah bunyikknya....

"Cikgu, Selamat Hari Guru.
Terima kasih atas segala pengorbanan cikgu sehingga saya menjadi spt skrg"
Lebih kuranglah....

Pastu cikgu aku balas
"Terima Kasih. Cikgu terharu kerana ada pelajar yg masih mengingati cikgu"
Wallamakkkk....sebak aku baca. Mengadalah ko yan!

Utk pengetahuan kamu semua, dulu aku sgtlah x memberi perhatian setiap kali cikgu aku ni mengajar. Dahlah dok belakang sekali...ada jer yg projek aku. Kalau cikgu baca blog saya, saya nak mintak maaf byk2....

1.Cikgu, dulu saya suka melambat2kan waktu balik tandas
2.Selalu lewat balik dari kelas Pendidikan Jasmani
3.Selalu tertinggal buku latihan padahal homework x siap. Waaaaa!
4.Pernah nak buat cubaan nak ugut cikgu lepas kejadian saya kene rotan kat bilik HEP. Tapi x jadik pasal Rosnizah buat ayat cenggini
"Wei...x berdosa ker kita nanti?"
Terus aku insaf dan x jadik.Cis...
5.Pernah mengumpat cikgu. tapi saya ckap sikit jer. Budak lain lagi teruk...
(Padahal kolah penambah rase gula garam memang cukup!)

*Sekarang utk classmate aku kat UiTM, korang taulah kenapa korang ajak aku buat KPLI aku tamau....Aku takut, budi yg x baik dibalas jua...waaaaaa!


Friday, May 15, 2009

Hanya Di Mercu!

Satu hari aku akan mainkan mp3 aku, lagu Hanya Di Mercu
sekurang2nya 5X sehari lagu ni kat telinga aku...

Lagu ni betul2 memberi aku kekuatan secara zahir & batin
Sgt mendalam disitu.....





"Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan, hanyalah di hati tersimpan, terpendam!
Keterbatasan diriku menjadi penghalang!


Sampai bila?
Aku bertanya... sampai bila?
Ku harus mencuba
Bila lagi?
Desak hatiku.... bila lagi?

Aku harus berani
Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku....Di mercu!


Mimpi dan harapan bagai duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan, terpendam!
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang


Sampai bila aku bertanya... sampai bila?
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku.... bila lagi?
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku....Di mercu!



Aku mencari kekuatan dalam kelemahan!
Aku temui kejayaan dalam keberanian!





Sunday, May 10, 2009

At list something....




Salam....

Aku dah lama sgt x update blog ni. Dan dah masuk 5 hari jugak aku x kerja. Aku demam tanpa punca. Boleh? Ni pun aku gagahkan kotak fikiran aku utk menulis sesuatu. At list something.

Happy Mother Day utk mak aku. Rokiah Simin. Thanxs mak! Dan utk mak mertua aku Khalijah Kasim.

Aku masih letih dan badan x berapa sihat lagi... Esok kene keja. Adoi...mata ni asyik nak terlelap jer....Tekak plak terasa perit. Aku masih x der feel nak ke pejabat!