Friday, August 28, 2009

Kamu!

Darwisy Rifqi Azmi
Aries (21 Mac-19 April)

Sekali melakukan sesuatu, dia akan selalu mengingatinya seumur hidup. Ini membuatkan si kecil Aries mampu melakukan banyak perkara lebih cepat dari bayi-bayi lain sebayanya. Keinginan yang kuat untuk melakukan segalanya akan membuatkannya menjadi seorang yang berjaya dalam segala hal.

Si kecil Aries juga memiliki mimpi yang besar dan akan berusaha utntuk memilikinya. Inilah Aries! Memerlukan dorongan dan sentiasa ingin merasa disayangi. Memiliki hati yang lembut di balik penampilannya yang keras. Mudah bergaul dan kreatif namun mudah goyah.


Thursday, August 27, 2009

Mata pun nak Beraya jugak...

Freshlook


Aku memang pengguna contact lense sejak 6 tahun yg lepas. Bukan sajer2 tau memang mak ngabun dr sekolah lagi. Cuma kat sekolah pakai spec, tak ado duit nak bli lense. Dah tu power bukannya skit. Kiri kanan 550 tahap kerabunan lo. Kalau aku tak pakai lense, satu keje pun aku x bleh nak buat. Aku x selesa pakai spec. Aku ni cepat pelupa. Kang tah mana2 aku letak, tup tup patah terpijak. So aku memang pakai brand "Freshlook". Selesa, O.k dan tahan lasak. Dah tak tukar2 sejak 3 tahun. Dan warna yg aku pakai adalah "Honey". Aku kalau repeat order, mesti pakai "Honey".

Aku rasa sempena raya ni nak tukar seleralah. Sebab aku kena tgk2 jugak color yg sesuai dgn kulit aku. Kang pakai color yg x tentu pasal, dah org tgk pelik. Aku ingat raya tahun ni nak tukar pakai color "Pure Hazel." Tak nampak cam color merepek sgt kan?

Kalau korang apa color pilihan.....?




Tuesday, August 25, 2009

Siratullahim....

Rose & Sally korang suka buat aku jadi bengong!
Sempena bulan ramadhan ni aku percaya, time nilah kita seronok nak buat gathering dgn kawan2 lama @ kawan2 sekolah. As per usual, (cheh cakap omputeh) aku dgn member sekolah buat gathering sekali lagi. Korang bayangkan dah hampir 9 tahun aku meninggalkan bangku sekolah, tapi kami still keep in touch. Cadangnya nak santai kat dataran sambil makan2. Tapi memandangkan masing2 ader anak kecik, Sally tuan tanah dgn besar hati telah meng'offer umahnya sebagai tapak pesta mlm minggu ni, iyer tak sally? Dia juga telah mencadangkan agar segala menu dimasak shj diumahnya tanpa prejudis.

Menu2 yg dibangkitkan amatlah meliurkan....

a) Ayam black pepper
b) Sambal udang atau sotong (pilih yg mane satu korang suker)
c) Kailan ikan masin
d) Ikan/ daging masak kari
e) Ulam-ulaman
f) Kuih muih
g) Buah (untuk membantu proses penghadaman)

Member aku ni bab masak memang suko. Bak kata dia dgn penuh angkuh "tak der hal punyerrrrr!" cheh! balagak! So Hari sabtu ni nantikan keriuhan suasana berbuka kami. Tapi memang seronok jumpa kawan2 lama ni. Ader jer benda nak diungkit. Dah tu kang mula lah sorang2 gelak sampai nangis2. Kalau tgh sedey, jumpa korang aku jadi lupa dgn masalah aku sebab korang ni kalau buat lawak memang melampau!


Monday, August 24, 2009

Tawaran Terhebat Hanya di Bulan Ramadhan

Tawaran Terhebat Hanya di Bulan Ramadhan


Aku dpt email dr rakan sekerja pg tadi, agak lawak tapi cukup mendalam. Aku tabik dgn org yg mempunyai idea yg kreatif ni. Selalunya kita dok pi tgk poster2 sale. Tapi kali ni kita pi tgk poster2 yg lain dr yg lain. Seyes iklan ni menarik perhatian aku....

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
yg penuh 'Kerahmatan & Keberkatan'
Kepada semua kawan2 bloggers, sempena menyambut bulan Ramadhan tidak berapa hari lagi, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada silap dan salah yang telah meninggalkan kesan dihati semua. Semoga ikatan uhkwah diantara kita dirahmati dan dipelihara Allah sentiasa. Amin.....
Wahhhh aku rase dah mcm pendakwah bebas kat Majlis Agama Islam ho! Mcmlah aku ni blogger tegar sgt yg byk pengaruh. Takder maknenyer! Tak..tak...aku seyes ni. Korang pun sama erk, jaga makan, jaga diri dan jaga budget utk raya. Aku yakin korang lagi bijak dlm berbelanjaan berbanding aku ni.
Mengaku dah. Dok diam2 situ....Blupppp!

Tuesday, August 18, 2009

Syukur....satel satu masalah.






Sejak 2-3 minggu ni aku dilanda ujian dan dugaan yg buat aku sedikit tertekan. Tapi Alhamdulillah, berkat pertunjuk mimpi dan semangat dr keluarga, aku diberikan kekuatan dan lebih mengenali apa itu kesabaran dan kuasaan Allah. Aku x suka nak kenang @ bercerita apa yg aku alami selama 2-3 minggu ni. Cukuplah Dia yg Maha Mengetahui lagi Maha Melindungi. Last week penyewa umah aku keluar cause dpt tempat lagi dekat nak pi kelas. Tapi syukurlah tak sampai seminggu dah dpt balik penyewa. Aku syg sgt umah aku ni, walaupun ianya kecik & taklah semewah mana berbanding dgn umah org lain. Tapi cukuplah sbg harta utk anak2 aku nanti.....
(Jgn anggap aku ni riak @ menunjuk2 pulak. Umah aku ni tak seberapa harganya berbanding dgn umah korang yg jauh lebih cantik dan mahal)


Aku takut nak bercerita yg lebih2 dlm entry aku. Takut org akan beranggapan yg bukan2. Hati manusia kita tak tahu, kita kengkadang sekadar berkongsi cerita tapi mata melihat dan mulut yg membaca mungkin kurang senang. Kadang2 kawan yg kita sangka baik, tapi sebenarnya tersirat perasaan kurang senang pd kita. Kita tak tahu. Biarlah...aku dah maafkan. Tapi bg aku biarlah aku menulis dlm keadaan biasa2 jer.... sekadar mengisi masa lapang. Chow....!

Wednesday, August 12, 2009

Sibukkah Aku?!

Sibuk ho aku!


Sempat lagi mengengih. Tgk meja mak...
Masyallah....bersepah!


Noein ni kalau x dtg opis, mau opis sunyi jer mcm muzium.Tapi kalau sekali dia dtg...ader jer lawak kering nak mintak siku dgn aku. Nak2 lagi kuar lunch, dia ni memang ratu lawak kene plak dgn Jaja. Mau aku kene appendix.




Monday, August 10, 2009

Sekadar berkongsi....



بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim


Maksud ayat: Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Fadhilat ayat:

1. Seelok-eloknya dibaca tiga kali (3x), setiap kali selepas solat. Tujuannya untuk sebatikan ayat dengan diri kita (dalam badan).
2. Boleh juga dibaca setiap masa sebelum makan/minum di gerai atau restoran. Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu, dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.
3. Setiap ayat yang kita amalkan, ada 'khadam' yang
menjaga kita, insya Allah.