Wednesday, February 19, 2014

Darwisy demam

Hari ni aku terpaksa amik EL, Darwisy demam dah 2 hari x baik2.. Darwisy sblm ni mmg kerap benor demamnya. Bleh kata tahun sblm ni adalah 3,4 kali.. Sbb Darwisy ada tonsil kat tekak.. (adakah tonsil di lutut..??)

Tapi lately ni dia agak jarang mendemamkan diri maybe sbb antibodi dah strong utk kene jangkitan. Tonsil tu kalau kene kuman akan menyebabkan dia sakit tekak lantas demam. Haaaa gitewww...
Tapi utk thn ni baru sekali ni dia demam. Dah pernah refer pakar tapi doktor kata cuba tgk beberapa bulan lagi sbb doktor x advised utk operated sbb bila usia meningkat, tonsilnya akan kecut dgn sendiri. Tadi pun buat pertama kalinya Darwisy kene amik darah... Kihhkihhkihhh aku dgn laki aku dok gelak jer apabila dia acah2 lagak macho depan doktor. Bagusss.. Anak jawa x gentar! Amik darah sbb dah byk kes denggi kat kawasan umah kami. Bagus gak sbb depa mmg amik langkah berjaga2. Thumb up klinik kesihatan ini.

So dlm kes ni (ok, scene serius) Darwisy mmg ikut aku, sbb aku mmg ada tonsil tahap kene operated. Dulu masa baru2 masuk sem 1 kat uitm aku selalu mc, demam.. Sampai lecturer tegur maybe aku x bleh berjauhan dgn family.. Hapa kejadahnya aku gi kelas berulang alik kott.. (Hamboi gossip fandaiii tau lecturer ni) Bila fine out, aku disahkan ada tonsil. Disebabkan tatkala itu usia aku dah besau gajah, doktor advised suruh operated sbb mmg x der harapan nak surut sendiri. Bengkaknya besau kokkkk, ukur lilit 50sen kiri dan kanan tekak... Menutup hampir kesemua lorong tekak aku. Time tu nak makan pun perit sbb tekak sempit. (tapi patayya sepinggan khatam gak!) Mmg lepas buang tonsil tu dah x demam2.. Agak lama aku tunggu kot2lah bleh MC time2 assigment tersadai kan... Keji punya permintaan kan?? Kalau demam pun sbb aku letih sgt atau pun tersampuk bunian time short cut kat pintu gate belakang uitm. Haahahhaahaaaa.. Mcm bayilah sgt tersampuk2 bagai dah tua2.

So lepas hari ni bg Darwisy makan nasi ayam peberet. Sbb apa peberet??? sbb dia bleh shopping sakan bli aneka jajan (jawaaa betul!) depan kedai makan tu. Nama kedai tu kedai basikal.. Aneh bukan?? Kedai makan tapi panggil kedai basikal.. Kalau pes time org dengar mesti kata aku konpiussss dlm kesamaran. Taaakkk sbb depan kedai tu ada arca basikal tergantung atas fokok. Tempat ni ngetop tau dikalangan kawasan kami.. Tunggulah aku heret producer jln2 cari makan. Wahhh.. ! Nantilah aku snap. Citer tapi x der gambo.. Chaittt!!! Hasben plak hari hi masuk kerja kul 3ptg. Musti mereka2 kata kami memonteng kerja mengheret anak sekali. Bleh siap berfoya2 makan goreng pisang dan roti sardin. Ahhhhh... Jelesss lah tuh! *sapa nak kisah hapipah oiii..

Balik Darwisy makan obat terus tersadai mcm ikan paus di lautan..
Dgn haku2 sekali terjebak. Lalu kami hayut...
Hokey. Rasanya x payah citerlah apa yg terjadi seterusnya... Zzzzzzz. Heben kau!
Hokey nak minum petang. Dlm pd sdg menulis aku sempat tahan putu mayam depan umah.. Ko mampu??? Alahai ganda 23 punya nikmat menu minum petang. Pastu bancuh kopi O, sekali lagi heben ganda 44... Kebabooooo!!!

Hahahahaa Darwisy sampai skrg x bangun lagi. Sblm Darwisy aku ni bangun, nak siap2kan minum petang dia. Kadang2 rasa bahagia plak sesekali jd suri umah. Tingggg!!? Hapaaa.. Benti keja??? Hahahhaa tunggulah kwsp aku berkepok sampai langit biru. Haahaahaa x hengat punya berangan man andir!
Hokey sekian...! Daaaaa esok sambung lagi


Kelihatan yg berkenanan sedang hanyut....



Sgt oldies bukan pinggan mak aji Rocky..
Baru terasa mcm ala2 zaman Jimi Asmara giteww..

No comments: