Friday, May 30, 2008

My Customer

Kad Kawin


Ha...ha... ni kad kawin customer aku yg berade kat Ampangan, Negori. Wah, sampai Negeri Sembilan customer aku. Actually aku buat part time design kad kawin. Pade sesiape yg berkenan @ berminat, blehlah hubungi aku kat blog ni. Harge bleh runding, jangan rungsing. Cheh tageline tu! Sembang buat bimbang...

Wednesday, May 28, 2008

Thanks My HubbY!



Thanks to My Hubby for the gift. Muahhhh....!!! Utk awak bulan depan erk kiter bg. Tapi kiter dah bli. SUPRISED!!!! sempene "Father's Day" 15 Jun ni. Wah x menyabo aku dah bli. Takut nanti budget lari. So, ptg ni nak pi cari handbag mak aku kat Jusco Bkt.Tinggi plak. Utk "Belated Mothers Day" hari tu. Sorry arr mak, terlambat sudah!
Antara insan yang paling aku sayang selain anak aku adalah mak dan suami. Kalau arwah abah aku masih ader, mesti jugak aku akan blikan sesuatu buat abah. Tapi hanya doa yang tak putus2 dari aku buat abah di sana. Kerana keringat dan pengorbanannya, aku berada di tempat sekarang.
Semoga Allah mengampuni dosanya dan mencucuri Rahmat ke atasnya serta di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin, Al fatihah.....

Jemput Fatin

Sempat plak ko Yan!

Tunggu depan sekolah

Budak ni nampak jer kecik, kaki melaram!

Last Friday akak ipar aku mintak tlg amik anak dia balik sekolah. Cause dia ader hal. NO PROB! Aku kuar opis kul 5.45ptg. Fatin balik kul 6.30ptg. So dlm mase menunggu dia kat luar pagar, aku x der keje, pose jab. Ko ni betullah Yan. Menyempat jer ko nak bergambar. Esok goreng ikan dgn basuh baju ko jgn lupe amik gambar plak. Wah...terlebih sudah! (Jadi bahanlah ko Stacy!). Lame x lame sgtlah tunggu si Fatin ni. Tapi aku kene tunggu betul2 depan pintu pagar, cause dia x tau yg Ucu dia ni yg jemput. Aku pelik apesal dia x pakai baju uniform dia. Ooooo dia ader perform utk Hari Guru ngupernyer. Tu aku pelik tu, ko ni pegi sekolah ke pegi dancing Fatin?

Tuesday, May 27, 2008

Small Gathering

Wah...meriah ko!

Sabtu lepas, Boy, (Dura Hubby) ajak melepak kat Pak Li Seksyen 7 Shah Alam. Wah... kebetulan aku baru jer jemput hubby balik weekend dr kursus. Janji kul 5, aku dtg punyelah lambat siap pi Jasco dan sempat pi basuh keta lagi, tapi yg pencadangnyer datang lagi lambat. Terer..terer... janji manismulah ko Boy. Pukul 5 waktu M'sia, pukul 6.30 waktu ko. X kisahlah kan...tapi seronok sesekali jumper. Ni semua member2 sekolah. Kawan dr sekolah sampai ke kawin sampai ke anak pinak. We all still keep in touch n selalu jumper. Actually ader byk lagi member2 sekolah yg kamcing. Tapi setelah aku tau sapa kawan sape lawan, baru aku tau aper itu erti "KAWAN". Thanks pd "kawan" aku tu...Finally Tuhan tunjuk gak kat aku sapa ko sebenarnyer. X kisahlah... aku bukan nak menghukum pun. Tapi once "kawan" aku dah buat mcm tu, nak sebaik mcm dulu, assalamualaikum arrr.... Hati aku dah x bleh nak terime. Kaw kaw kawan aku tu kene kan aku. Biarlah...dia yg malu sendiri. Insyallah kalau jadik next month we all nak konvoi gi PD. But still in under planning. Kpd Dura, Boy, Sally, Abg Sham, Rose & Shamsul...Thanks.





Tuesday, May 20, 2008

Kenape aku pada hari ini?

Sesungguhnya hari ini, adalah hari yang palinngg membosankan bg aku. Wah, statment keras. Kenape? tahlah jgn ditanyer kerana aku sendiri x der jawapanyner. Bleh? Pagi tadi memanglah azab aku nak bangun sampai terlajak. Dgn main sambar jer baju yg dah siap ber'iron walaupun bukan dari pilihan utama aku, aku gagahkan jugak kaki melangkah ke opis. Walhal dlm hati aku terbayang2 kenikmatan menyambung cuti yang penuh keseronokan dan kedamaian. Damai ker? Dari garaj kereta sampailah ke parking kereta depan kedai potong, aku sedar keadaan muke aku yang sgtlah begik dan ketat menampakkan lagi ape sebenarnyer yg terbuku dlm hati aku. MC? EL? Apply Cuti? Semuanyer terbayang2 dlm otak aku. X sabar nak bercuti membayangkan diri tersidai di tepi pantai, dengan deruan ombak diliputi awan biru dan burung yang terbang berkicau sambil menyanyi lagu Ruang Rindu nyanyian Nubhan. Walawehhhhh.....Perhhhh! Syokkkk oooooo.......... Aku dah lame x bercuti, kali terakhir ke Genting, tu pun x sedamai maner. Bunyik x haper jadah jenis permainan membingitkan telinge aku. X Feel langsung. Lepas ni aku mesti nak bercuti jugak! X kire ape nak jadik! Dah! Dah! sambung keje ko tu Yan. Sudah2lah tu berangan. Dahlah aku kene buat balik design bunting yg aku ter'DELETE hari tu. Hah! tu salah satu bab yg buat aku TENSION. Aku rase nak cuti arrr, tapi.... Cuti tanpa dirancang ni bukan best maner pun....

Thursday, May 15, 2008

Tensen!

Nilah projex's aku sehari dua ni. Siapkan packaging design for eye drops. Nak simple2 aku dah turutkan. Lepas ni aper plak lagi....? Dok mengadjust jelah kejenyer. Kejab2 tukar...Tensenlah aku. Dah nak hantar registration dah oi...Kan delay, aku gak kene! Kepada dept. yg berkenaan, korang jgnlah dok tukar2 lagi k?.. Aku dah pening dah ni....





Monday, May 12, 2008

Play n LearN


Dah masuk 2 tahun sebulan Darwisy. Macam2 perangai dan di tonjolkan kepada Protegenyer ini. Tah betul tah x aku eja ni.. Darwisy makin besar, makin byk bende pelik yg dia buat. Alhamdulllah...perkembangan dia makin baik. Cume last week Thursday night, siku kanan dia terseliuh. Cuak, jgn cakap arr..dahlah ayah dia x der. Nasib akak aku dgn abg ipar aku sebelah umah ader. Hantar pi urut. Sebelum tu nak hantar scan, tapi Klinik tutup. Tapi akak aku kate dia bukan patah @ retak, cume mungkin terseliuh...Tuhan jer yg tau perasaan aku. Dia plak menangis tanpa henti. tapi skrg dia dah baik. Tgk dah bleh main...Alhamdulillah

Klang yg sgtlah JEM'nyer!






Inilah masalah yg terpakse aku hadapi saban hari ke opis. (Cheh...macam Hos 360 jer). Bandar Klang sejak 2-3 bulan ni dilande JEM yg sgt teruk. lagi2 kalau opis hour. Ni semua berpunce dari pembinaan jalan baru utk menghubungkan Klang ke Shah Alam/KL dan jalan2 yg lain selepas Jambatan Kota. Org kate kalau drive kat Klang kire past, korang bleh drive gi KL. teruknyer mengalahkan KL. Ape nak buat, Sejak Hubby gi Kursus PALAPES kat Jugra Banting, aku terpakselah drive ke opis menempuh JEM. Kalau dia ader, aku naik moto jer merempit. Sebab opis dia dgn opis aku x jauh maner pun. Still dlm Klang. Bilerlah nak berakhir JEM ni huh?!


Happy Mother's Day 08'

The Tacut Tomit..!


Happy Mother's Day...11 Mei 2008
Kepade semua yg bergelar mak, ibu, umi, mama, dan sewaktu dgnnyer.. This year genaplah 3 tahun aku menjadi ibu kepada 'Darwisy the Thumbomb BoY'. Last Sunday, x kemane...cume dok umah jer. Hubby cume blikan kek dan sepasang tacut tomit. Actually the tacut tomit tu dah bli last week, dah pakai pun gi opis. Tapi smlm sajer jer dok usha dia.. "Mother's day x der present ke ayah?" dengan muke yg penuh kesian yg di buat2. "Yg bli kasut hari tu bukan hadiah ker?" Ini jawapan ke soalan ni? Aku pun sengih jer..."Yer ker? Tu hadiah erk? Macam maner bleh luper ni.. Ingat ayah bli saje2"... Dia pun buat muke keras.
Eleh....! Tanyer pun marah. Tapi macihlah erk. Dgn ini ibu dengan seikhlas hati ingin merakamkan serangkap pantun.


Kalau ader sumur diladang,
Boleh kite menumpang mandi,
Kalau ader ongkos yg datang,
Bolehlah lain kali bagi lagi...
(mesti muke dia tgh ketat tang hujung pantun ni.. he!)
*Untuk mak aku, present 'Mother's day' post-pone bulan depan. Aku nak blikan handbag. Tunggu erk mak, nanti kiter bli handbag baru utk mak. Bleh mak bawak gi kelas nanti erk. Tunggu Tau!


Wednesday, May 7, 2008

Hari Yg Tak BESTnyer...!

Cheh...! Tunjuk byk kejelah Konon

Tgh Mem'Back-Up'


Hari ni aku kene memBACK-UP utk semua artwork2 aku. Ni semua kes slm terDELETE file kat D Drive. Pandai kan aku...? Dahlah aku menggelabah beruk. Dah tu nak buat mcm ner...dah bende nak jadi. Dlm Recyle Bin pun dah sodhokallah hulazim... So hari ni aku mengambil ikhtibar dari peristiwa semalam utk memBACK-UP semua artwork2 aku. Dahlah semua design tu yg latest, pastu budak2 Sales Dept. punyo! mati aku. Menyesal x guno...aku dah buat salah. Ni semua gara2 C Drive aku penuh dan aku x bleh nak buat keje kat Photoshop. Hari tu handset aku pun mcm tu gak. Habis semua gambo2 terDELETE konon memory card aku full. Last2 aku buat keputusan drastik main DELETE jer tanpa memikirkan mase depan. Habis semua gambo aku hilang. Nasib ader beberapa pict aku dah bluetooth kat handset hubby aku. Aderlah 2-3 kerat pict aku dpt balik. Zam ko kat belakang gelak2kan aku. Nanti file terDELETE ko aku plak gelak2 sampai terguling2. Komputer aku yg iyernyer dah sarat. Tadi pun aku dah DELETE maner yg x pakai. tau jerlah aku dok simpan2 tah ape bende, pastu bukannyer guno pun. Eh! baru aku ingat, minggu ni "Mother's Day" kan? Thn ni masuk 3 tahun aku jadi IBU... susah nak kate, Tapi Darwisy baru 2 tahun, perangai boleh tahanlah. Dear My MoM's Pn. Rocky (Rokiah) Thanks for everything...muahhhhh! Apehal ko Yan, tukar Topik plak. x bleh nak terime kenyataanlah tu terDELETE File .....diamlah!

Tuesday, May 6, 2008

Saujana Impian, Kajang

Mulelah x reti dok diam

Boringlah bu...


Org semua dah sibuk nak berkemas


Tetamu mula beredar


Jom balik!


YB meninjau kawasan


Apejelah 2 beranak ni


Sabtu, Last week teman mak mertua ke Saujana Impian,Kajang. Cousin mak mertua kahwin. Punyerlah aku ni memang teruk...Seumur hidup memang x pernah pergi Kajang. Sgt Begik kan aku? Dr rumah kul 2.30, sampai dlm kul 3 lebih. Hubby bawak keta tau jerlah..bukan kire abah dia kat sebelah. Sampai pun pengantin dah lepas bersanding. Nampak khemah mcm dah tgh kemas2. Janji sampai. Yg Darwisy plak sibuk dok spot-check tempat.Biaselah dia melihat kawasan. Bukan reti dok diam. Lantaklah ko Darwisy. Pegilah ko dgn ayah meninjau2 kawasan..Ibu nak dok sat.


Friday, May 2, 2008

Opis yg sunyi....tinggal lah aku!


Hari ni opis aku dah macam opis bilik displin...Sonyap jor! Ramai yg cuti, convert terus 'Hari Pekerje'...(ni baru tul2 hari pekerje).
Aku malas nak apply cuti, dok umah bukan buat aper...
Cuti plak tinggal seciput jer.
Nak pi holiday nanti, dah tinggal sekerat jer.
Tak maulah cuti.....

Keje pun x byk yg urgent. Urgent pun kene tunggu manager sign.
Manager pun thg riang ria bercuti. Sudahnyer, buat2lah aper yg patut.
(Ni yg aku dok tulis ni patut ker kawan2....?)
Nak upload gambar pun, kabel x bawak...sgt pandai sekali bukan?

Smlm bercuti cume gi Sunway Pyramid jer. X byk pun amik gambar.
Cause si kecik Darwisy x reti nak dok diam, terus mood aku mati!
Balik pun lebih kurang kul 4 ptg. Balik umah layan TV jerlah..
Nak tido pun x bleh, dia dah bantai tido dlm keta tadi....

Hubby plak buat supprise bagak kat aku. Kate x dpt balik..
Alih2 ptg Rabu dok hon x henti2...bingit!
Ingat org jual tilam! tilam!
Ngupenyer dia...tersengih2 bg aku bengkek!
(dlm ati mak ni...suko gak seh!)
Mlm tadi hubby nak balik PULAPES balik.

Aper aku nak buat ni hoh? Ting! Idea marri........
Nak kuar awallah. Nak meraban ke Jusco Bukit Tinggi...
Ingat nak cari cap Darwisy kat Butik Seed.
Tgk jerlah aper yg berkenan di hati..
Wallet tgh muntah! (Kemain lagi ko Yan!)