Thursday, July 31, 2008

Mid Velly

Last week pi merewang kat Mid Velly, Kengkonon nak bawak si kecik tgk movie, gatai sgt nak tgk wayang jauh2, mcm kat Klang x der panggung wayang. Konon takut nampak dek org. Ko ingat ko tu saper...? Artis? Finalist Maggie Mencari Bintang? X derlah, sajer nak pi jauh2 skit...Sampai jer sana, punyerlah ngamai org beratur panjang. Siap berbengkang-bengkok. Mcm org nak bli tiket balik kg pun ader. Husband tanyer, "Nak tgk gak ker?" Soalan dia mcm sajer jer nak buat aku rase bersalah. Dan aku pun jwb dengan rase x bersalah, "Tak per arr, lain kali jerlah". Last2 pi shopping baju rayer Darwisy.

Baju rayer? Mmg we all suke buat persediaan awal. Last year pun mcm tu gak. X kelam kabut.. Kalau tahun ni Dyla kaler Pink, aku plak sefamily mcm nak kaler hijau2 + cengkolat gitu. Kaler ape ko nak bg tau ni Yan...? Ntah! Tapi aku berkenan kaler tu. Husband plak mcm x mau buat baju melayu. Membazir katanyer, pakai pg rayer jer....

Meh aku bg tau satu rahsia, Kali last dia buat baju melayu time nikah. Hampeh x hampeh laki aku? Habis tu, yg dia rembat Sport Rims minggu lepas, bukan membazir namenyer? Laju jer dia kate aku ni membazir. Dia x takut ker dakyah dia tu bakal menyinggung perasaan aku kelak? Nanti dia!

*Aku akan pastikan pengaruh aku kali ni mengheret dia ke kancah 'rayer mood'. Kalau aku berjaye, aku blanjer blogger kupon berbuka di rumah mertua beserta penginapan 3 hari 2 mlm. Ni Yan lah..... Huaaahhhhh! Ade aku kisah?!

Monday, July 28, 2008

Huahhhh....!


Kalau tunjuk kat bos aku dia simpati x dgn persembahan kat atas meja aku ni?

Aku mmg ader pensel case, senang. Mmg sentiase ade dlm handbag. Sebab tu kalau nak fill-up form kat maner2 aku siap kuarkan pensel case gabak aku ni. Pedulik aper aku. Kalau aku dok letak selonggok atas meja, alamatnyer sorg2 dgn muke simpati " Yan pinjam jab, Yan pinjam pen, Yan pinjam eraser". Sudahnyer aku buat ayat mcm ni "Eh, ambiklah aku mmg bg utk kawan2. Pilih2 mane korang suke". Bukan aku tamak, tapi muke aku jer yg dok mintak stationary kat HR. Sampai kene soal. "Ko ni asyik mintak jer, ko meniage ke aper?" Terase aku beb! Kecik hati aku!


Teruk tul tahap begik ko Yan. Gambo tepon kat bilik HR ko x nak amik? Amik gambo cerek elektrik kat pantries blakang tu sekali. Jgn luper helmet Pakcik Maan kat bawah, dan kasut 'Pua Chu Kang' Auntie Mary.

Minggu lepas adalah minggu yg paling TENSION utk aku. Kenape? Tah! Minggu lepas keje melambak2. Sorg designer dah benti. Keje makin bertambah....blajar plak system baru yg x der kene mengena dgn aku sbg 'designer'. Cause aku dah masuk dept. Marketing Ethical Division, so kene blajar skit2 bab marketing ni. Telan jerlah Yan.... Dlm mase tension2 tu sempat plak nak bergambo....Lately ni makin x der mood nak buat kejo. Gaji lambat lagi ker wei.... Azhar, ko bleh key-in gaji aku cepat skit x? Duit dah habis dah ni. Mega sale dah panggil, x baik tolak jemputan org. Ape plak kate dia kang....Tak elok x pegi.



Friday, July 18, 2008

For baby 'Ahmad Zareef Afnan Nazeri'

Pilih-pilih, jgn malu-malu. Ibu blikan....Yg kat umah tu nak bg saper plak?
Jgn nak confident, ibu ader misi lain tau x ?

For baby 'Ahmad Zareef Afnan Nazeri'

Aper yg dicari ke One Utama? Present utk cousin Darwisy yg baru lahir last week. Congratulation to Kak Zura & Abg Nazeri for new born baby. Darwisy x bleh biar dia kat umah nenek Jah dia. Nanti dok u'sha baby Zareef.... Habis semua dia korek2.

Weekend at One Utama...






Monday, July 14, 2008

MIFB 2008













Eh! Mcm ku kenal product ni...

Ya Rabbi, company sendiri pun ko buat2 x kenal Yan?

Tak salah lagi...CCM amik part gak ker?

Sempat amik gambor dgn budak marketing...

Muke aku dah mcm aper tah. Dok penat berjalan


Last friday, aku take half day nak pi tgk MIFB kat PWTC. So lepas amik akak ipar aku kat Shah Alam, terus gerak. Cadangnyer nak naik komuter, kul baper plak nak sampai umah kang. Aku drive jer ikut Jln Duta lagi senang, x sampai 30 minit. So ader misi sebenarnyer aku ke sana. Nak study pasal packaging utk project aku. Seronok tgk exhibition tu sambil test2 food yang ader. Dari kuih bakar sampai ker nuggets kupang. They all mmg kreatif. Kalau ader usaha dan minat semua pasti berjaya...Ini baru permulaan. Just nak research n study dulu.





Mari menyepah denganku...






Aktiviti hujung minggu..Macam biase, kalau hujung minggu byk bende kene setel. Mengemas, masak, layan si kecik Darwisy tu. Tapi biaselah keje org pompuan. Org laki aper tau? Bengang ni! So mlm Sabtu lepas dok proses kain baju dlm almari. Tgk Darwisy....ape ko buat ni ni? Poning kepalo den. Dah aku susun elok2 ko buat sepah balik. Pastu sengih2 gedik depan aku. Ader aku kisah...? Ibu ko ni garang ko tau? Tgk muke ibu ader senyum tande seronok ke?


Friday, July 11, 2008

Tanpamu- SixthSense


Tanpamu- SixthSense


Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa..Cintamu aku resah
Tanpa..Kasihmu aku hampa
Tanpa..Dirimu aku mati
Kini benar-benarku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

*(thanks to Mama Ranggie for the Lyrics)
My favorite song....




Wednesday, July 9, 2008

Ape ke jadahnyer?!


Huaahhh...nampak sgt ko x der kejor Yan. Sajer amik pict ni dikala bosan dtg melande. Ayat, hati kuntumlah plak. Achecehhhh..gilo apo? Jam ni mengingatkan aku waktu aku lepas berpantang. Jam ni sebagai hadiah utk aku sendiri lepas bersalinkan Darwisy. Masuk thn ni dah 3 tahun aku pakai. Dah calar balar pun jam tu. Ni alasan ke atau ayat saje u'sha2. Sbb smlm baru tgk satu jam tu manyak tantik oooo. Tak maulah. Jam elok lagi. Yg gofer tu plak, aku bli time bercuti kat PD hari tu. Kenangan kate! Pasal bercuti tu nanti2lah aku upload gambar. Masih x der mood.



Seawal Pagi

Benci muke aku time ni. Gemuk siot. Yg sebelah tu Pakcik Salim da Brutal dgn Kak Ana yg slim. Jeles mak nyah dgn org langsing ni. Gambo ni mase aku nak amik product DD. Kene askot tu. bahaye beb! Hilang buat nayer.

Autie Marry, suke sakat dia. Lawak x henggat punyer.Luv u auntie Marry. Marry Christmas! (Ape kene mengena Yan?)

Wan, aper ken name aksi ko ni? Ke main tekinje2 ko. Seronok ko bos x ader.

Inilah antara kawan2 yg hampir dgn meja aku. Kak G & Mages. Kawan berborak2. Kak G tampil dgn imej baru. Aku suke.

Pagi2 lagi bos aku Pn. Anita dah tanyer..."Yan pg ni nanti tolong saye buat advertisment tu bleh?" Sambil senyum aku jwb "Ye Pn. by today nanti saye email" Wah...! Jawapan, skema x hengat! Aku dah masuk dept baru dan dpt bos baru. Baru 2 minggu. So far, x der aper yg menyulitkan lagi lah. Ye..ye aku tau. So, pg2 lagi dah kene turun' finish good store' nak amik picture utk advertisment. Dah tu tau jerlah bebudak store, nampak kemera mcm msk melodi. Nak2 lagi si dak Wan. Bukan main suko ko Wan terkinje2. Taulah bos ko x der... Maklumlah, tgh berdebar2 tunggu org baru. Wife dia tgh menunggu hari. Selamatlah buat Wan & Ema erk.


Tuesday, July 8, 2008

Farewell's Zamani


















Hari ni ader Majlis Farewell's Zamani. Dia sibuk nak berenti. X tahan dgn company katenyer. Tak der arrr, sajer aku buat gossip....Dia nak concentrate buat Insurans sepenuh mase. Habis semua satu company dia ceramahnyer pasal insurans. Wei, kucing anak buah aku bleh amik insurans x? Actually Zamani ni graphic designer gak. Kire dia byk gak arr buat jase kat company. Tup2 dia nak benti. Ko ni Zam...mmg mate duitan. Pantang org ajak buat business. X perlah Zam....dan rejeki ko! Dan thanks a lot pd semua rakan2 sekerja yang menjayakan majlis ini, lebih kurang dalam 34 orang. Thanks sekali lagi...

*gambo aku mmg x byk dlm ni, pasal akulah yg kene amik gambo. Hampehhh!