Tuesday, December 28, 2010

It's The Day....

Pilihan hati adik ipar "Umi Syahida"

Pilihan lemak berkrim disukai ramai
(sila tahan muntah anda)

Hantaran dr pihak lelaki. Jgn tanya mana hasil tgn aku

Sajer nak bg tau aku sponsor "kek"
Maafkan saya jika ada unsur riak yg tidak keterlaluan :P

Seutas rantai gelang berjuntai "Love"
Tanda ikatan tali pertunangan
(en. husband...kenapa waktu kita cincin kecik jer...)


Bakal felantin "G-jan"
Senyum dah tak bleh nak jimat2
Hati sudah berbunga

Noein mau ini kek...
Soalannya "Anda siapa ya?
Ibunyakah @ cikgu tusyennya...?"

Comelkan ? Mak mertua dgn bakal menantu
Kecik molek jer (suatu masa aku pun sebegitu)
Sambil belek2 pinggang sendiri dan mencubit2 pipi yg bak kuih bulan

Aku lupa diri bila budak2 ni turut mengekori rombongan
Maklumlah...terkadang terperasan muda dek lawak spastik
adik2 ni (Adik kah....?)

Teka...mana satu yg sudah berumahtangga
Sila menjaga hati penulis walaupun hakikatnya sudah terang lagi bersuluh


Nak ambik gambar dgn mak jugek....
Aku & Mak mertua yg sgt chill

Sila jgn bandingkan bentuk fizikal saya dgn bakal biras saya
Saya sudah masuk awal 30-an. Tetibe emo...


Selagi ada kodak...rolling!

To G-Jan
Sabar itu satu keimanan...Harap Maklum
Dari lagu "Jgn pegang2 ke Dinda Kanda"



Salam.....chup! Lama sgt tak come back (iyerkan shj jika penulis perasan artis Timur Tgh) . Lately ni aku sedikit sibuk. Maklumlah makan gaji....bukan kerja sendiri. Twice a week perlu ke Bangi Office. 120km pergi balik.... Blum lagi kerja kat sini yg menuntut aku bertangan spt sotong kurita. Mana nak jenguk blog sgt.. Tapi rindu nak jenguk juga blog kawan2. Sesekali ada juga aku mencuri2 pandang blog kamu semua. Cuma dari kejauhan, tanpa meninggalkan sebarang komen.

So..street foward. Last week adik ipar aku selamat mengikat tali pertunangan dgn pilihan hati Umi Syahida. Mcm tradisi abgnyer (en. husband) yang bechenta sejak dibangku sekolah...Lama woo dorang berchenta. Kalau x silap akulah...
Dpt pun org dekat2 umah. Tapi still x bleh lawan aku yg maha dekat. So jimat skit minyak keta. Cuma tak berjalan jauhlah...
Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar dan Insyallah akan disatukan sebelum Hari Raya thn depan. Makanya haruslah aku menempah baju yg termasuk dlm list pakej baju raya (tumpang tanya..pose dah qadakah ?). Majlis hari tu dlm suasana yg cukup sederhana tetapi meriah (skema tak bahasa mak...?) Aperpun kami sekeluarga mengharapkan pasangan ini bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin
*Aku excited jugak lah..sebab aku x ada adik kan....
Maklumlah...lagak spt kakak tu ader jugeklah :P Maafkanlah erk....

Wednesday, November 3, 2010

Hanya 3....

Waktu datang keje 8.00am

Lunch Time...1.00pm

....Balik 5.45pm !



ha..ha..ha...dr sekolah sampai skrg ni
Datang, rehat.....dan balik.
Adalah yg ditunggu2

Ada lagi satu....

hari JUMAAT
sebab hari SABTU & AHAD coti

ISNIN...?
"MONDAY BLUES"
lu pikirlah sendiri.....

*N3 terpendek yg pernah dipublish



Monday, November 1, 2010

A part of my life....


My current workstation 2006-until now


Moving, Jan 2006

Workstation 2006-Mid 2006
Sales & Markerting Office


Workstation 2004-2006
Tempat aku memula masuk keja & time pregnant
Byk kenangannya....:(



Diam x diam insyallah masuk bulan depan genap 6 tahun aku bekerja kat sini, in Biotech Industry. Sejak 6 tahun berlalu dah 3X workstation aku pindah cause pindah dept. Yelah dulu as private company, jalan ceritanya lain...dan skrg convert ke GLC company, lain pulak jln ceritanya... tapi position tetap sama "creating ideas" cuba dept jer yg berpindah randah. Cause bos pun pindah randah jugek. But now, since 3 years ago, alhamdulillah....aku stay dgn 1 department in Markerting Division. Bukan buat markerting yer dik non... aku buat promotion item like advertisment and all items for packaging design. Kadang2 kerja yg kene guna idea ni yg tak beshnyer kalau idea lemau. Tapi kalau semuanya mariii.....mau terlajak perahu sampai x rase cepat mase berlalu. Tapi aku memang suke men'deco meja aku supaya x bosan...yelah, kita kerja 8 jam kot kat opis, mau silau mata kalau tgk permandangan yg keras & suram jer..


Monday, October 25, 2010

Doa & Ikhtiar






1) AO PRO (84 tablet)
AO Pro USANA telah dibentuk untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan am serta untuk melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas. Essentials USANA membekalkan asas pemakanan yang diperlukan oleh setiap orang dewasa untuk kesihatan harian. Tekanan harian dan pencemaran persekitaran telah mengakibatkan radikal bebas yang semakin banyak. Diet kita yang banyak mengandungi makanan terproses dan kurang mil penuh menyebabkan kita semakin memerlukan penokok antioksidan. AO Pro membekalkan antioksidan yang bermutu dan biowujud (bio-available) untuk memenuhi keperluan kesihatan yang semakin mendesak. Selain perlindungan antioksidan, AO Pro juga memberi badan kita zat-zat yang diperlukan.

2) CHELATED MINERAL (84 tablet)
CHELATED MINERAL adalah terdiri daripada suatu spektrum mineral yang luas, termasuklah zink, selenium, magnesium, kromium, iodin, tembaga, mangan, dan vanadium untuk kesihatan badan yang optimum. Mineral dan unsur surih mewakili kurang daripada satu-setengah dari 1% antara jumlah nutrien yang kita makan setiap hari, namun sekiranya tanpa mereka, badan kita tidak dapat menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak dengan berkesan. Mineral asas juga penting untuk metabolisme badan, pengekalan tahap glukos yang sihat dan fungsi imun yang sihat.
Tumpang lalu....ni bukan iklan menjual ubat tau. Just nak sharing aku baru dpt product ni pg tadi dr seorang member office.

Soalannyer....mengapa?
Sebab, aku ader KPI utk tahun ni yg aku x achieve 2 lagi. KPI bab keje dah nak submit. Tapi personal KPI blum nampak aper2 tande achivement. KPI yg dimaksudkan adalah utk pregnant lagi. So, for info aku memang sgt2 nak planning to pregnant cause my liltte boy nak masuk 5 tahun. Planning to pregnant after 2-3 year delivered Darwisy. Tanpa guna apa2 alat2 keselamatan jalan raya (auchhhh...scary !). Sebabnya aku tau aku ni agak susah skit. Time Darwisy pun dulu almost 8 month baru dpt (alhamdulillah....) tu pun berurut. Sebab dizaman remajanya aku mengelinjat main netball.
Bab kedatangan Mrs. P setiap bulan memang x miss dan konsisten. So bab tu memang insyallah x der problem. Maybe blum rezeki aku agaknya dan masih perlu berdoa dan terus berdoa... Tapi yg penting usaha & ikhtiar. Selepas itu baru bertawakkal..... So ader sorang member office just sharing yg dia ambil ubat ni x sampai sebulan, dah ader rezeki. Sedangkan selama ini dia menunggu hampir 1thn 1/2 nak pregnant. Maybe sedikit sebanyak ubat ini juga membantu selain doa yg berterusan dan kuasa Allah S.W.T
Aku minta dia orderkan cause husband dia yg belikan. Dan ubat ni perlu dimakan oleh kedua2 pasangan suami isteri. Aku ni pun nak bli ubat pun kene tgk2 ubat gak. Bukan main sebarangan beli jer. Takut2 lain yg datang. Tapi Insyallah...kalau ader rezeki aku x lokek nak kongsi cerita & pendapat....
*Kali ni N3 aku cam serius kan....?
Adakalanya kita perlu serius dalam sesetengah perkara

Thursday, October 21, 2010

"CHAMPS Emulsion" Colouring Contest


Sedang meneliti hasil karya si cilik


Aku minat yg ni, tapi ni tempat ke-2

This is the 1st prize. RM300...masyukkk!


Ader calon jadi "art teacher" tak?
Art teacher yg rela dibuli hidup2...

Memerlukan bantuan Noein


Selesai...sudah!



Mcm biase, bab snap2 gambar, edit2 gambar, poster2...semua makanan aku. Brand Manager minta aku capture gambar hasil karya pemenang colouring contest. Cantik2 semua...tapi most of it, chinese kids. Maybe they all rajin hantar anak2 pi class arts, dancing, piano, swimming....

Kalau aku memang fening nak judge mana satu yg terhebat. Dan skrg Darwisy juga sedang kemaruk mengaler. Asal pi kedai buku @ pasar mlm jer cari colouring book. Maybe mewarisi kerjaya ibunya playing with colour and design. Tapi dia diajar teknik color yg betul, dia belasah suka suki dia jer. Nak ke kanan, kanan... Nak ke atas, atas...haiyooo... bikin malu aku mcm neh.
Oklah tu, dr aku dulu mengaler buku teks sekolah yg terang2 cop
"HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA" selambe tak mak darwisy?
ha..ha..ha...

Monday, October 18, 2010

Are you sleeping...?

Org kuat IT, Ana Conda's


Cheh...menyahut seruan kerajaan
Mari Membaca


Sgt bising ok, kamu semua... !


sebab...aku nak tido!



Muke kenyang..tido! Arggghhhh....!




Hari ni semua x kuar lunch, sebab aku tak kuar.

Soalannya...besar sgtkah pengaruh aku?

Sebab aku yg paling matured (tua) dikalangan kamu semua. Cause time ni aku paksekan diri mengganti pose. So aku feeling2 tido sebab sgt mengantuk cam mlm tadi part time RELA berjaga mlm. Bebudak ni pun malas nak kuar lunch sebab "kakak" ini x follow. So dorang plak yg memekak tatkala aku lena diulit mimpi. (Mimpi pun x habis, kejab sgt...). Kat sini we all terpakse kuar kalau lunch time. Cause cafe blum masuk tander lagi. So selagi x open cafe tu, selagi tulah lunch kene kuar. Pd yg dah tapau siap2 tu, oklah. Tu yg selalu blurr jer setiap kali nak kuar lunch. Dah x tau nak makan kat mana... Kalau sesekali tersesat ke Jusco Bkt Tinggi, tu yg ter'masuk office kul 2.30ptg. Kantoi.....



Friday, October 15, 2010

Balik Kg...Banting?

Sebelum pengantin sampai, kita bedal!


Darwisy ni suke menggelabah tau time snap
Yg blah kiri akak ipar aku & anaknya Fateen & Nabeela


Ayang menanti ijab kabul


Tanjung Sepat, Banting
(Aperkah motip aku...?)


Ladang Gadong, Tanjung Sepat



Sunyi jer pejabat tu. Yg lain dah blah.
Hanye tinggal kedai lampu jer


Penyakit keturunan allergic depan kamera


Nabella Qistina



Cakkkk!
Campuran (mamak+cina+jawe)
Jawe blah abg aku, kah...kah..kah..



Org lain tgk felik bebudak ni mcm masuk program
"Jom turun kampung kita"



Bersama hos anda..."kak Yan"
Akak ker..? Meow...!!!!


Selamat Pengantin Baru dr kami
Pengantin Lama. x berapa lama sgtlah
Masuk 6 thn jer

Ayang & Husband


Motor pun jadik
Perasan dah gadis litar dan racer. Cheh...!




Balik kg……!
Hari tu aku sempat balik kg cause cousin aku kawin. Aku balik Kg. Bt Laut, Banting. (aku tahu apa yg korang fikirkan). So, Ayang adalah anak bongsu kpd my auntie aka adik mak aku. Haruslah gilang-gemilang meraikan menantu yg bongsu. Mak aku telah diberi tugas besar, iaitu Saving & Finance Division. Sgt mencabar ok, post mak!

Dah lame gak x kumpul2 dgn saudara mara. Maklumlah kalau rayer pun bukannyer ader semua kan? Aku citer balik kg kat Banting jer, semua pakat2 jeling aku mcm aku ni bersalah. Halooooo…..memang dekat2 dgn kg aku. Tapi kg aku (yg aman & damai, tetibe !) depan skit. Kiter x bleh nak bajek aper2 cause tu semua kerje pihak berkuasa. No Komen…steatment selamat ! Tapi sesekali glamer gaklah. Glamer dr segi bende2 yg x best nak buat hapa…? Marah…??!!!

Tapi dlm citer ni, gambar pengantin x byk dlm N3. Yg banyaknyer anak- buah aku yg menjaja muka sana-sini depan kamera. (penyakit keturunan x bleh nak buat aper). Fantang aku pegang kamera..
"Ucu...ucu...sini”
”Ucu...ucu...sana”
Wah...sajak memerintah aku mcm acik ko ni kerja dgn BERNAMA plak.
Konon nak berkenangan dgn pemandangan kampong. Siap bergambar dgn sekor monyet peliharaan jiran cousin aku. Seyes bajek cam org bandar yg terkasima dgn kehidupan kg….hek’elehhhh!

Soalannyer....

“Umah nenek korang tu bandaraya sgtkah?”

Monyer blakang umah korang caci maki jer. Kat sini beriya korang bg makan !



Wednesday, October 13, 2010

"Pesta Muda Mudi, Tua Tui"

Lokasi kejadian : Noein & Jaja.
Muke cam Jibam, kene pakse bakar ayam

Beriya nak menjadi menantu aku?
Banyakkah simpanan KWSP ?


Dayah, Zieda & Kak Nit's



Hanif yg sentiasa setia menemani...
....Bukan AKU, OK tapi MAIZATUL
Hanif takat adik2 bawah umur je dgn aku. Aper hal...


Jagung "hangus melecur" yg sangat sedap


Sgt Meriah keadaan mlm tu
Tahap "memekak = bunyik siren Bomba ke lokasi kebakaran hutan"


Jaja yg katanya sesat.
Pegi berjimba sampai Pangkor x sesat plak
Masuk Shah Alam bleh sesat...?
Ajaran sesat @ malu bertanya sesat jalan?



Jumaat lepas adalah penutup pd bulan Syawal. Kak Nit's yg sarat pregnant anak ke-3 (sajer nak bg tau yg dia "Super Woman") pun masih gagah perkasa berjiwa kental, dgn jayanya menjemput kami meraikan "BBQ Terlampau". Toing...! Toing....! Tabikkkk....! Biaselah kalau ader Tungkik & Co. Mau terbalik perabot umah dek huru-hara bebudak ni. (Padahal yg tudung ijo tulah ketuanya!) Mlm tu memang byk makanan Kak Nit's & Mr. Amar provide yg kebanyakkanyer western food. Kebetulan hubby Kak Nit's buat makan2 utk opismate dia. So Kak Nit's nak tambah lagi huru-hara biar nampak mcm mengadakan "Parti Buih" dijemputnya calon2 Raja Lawak Kenya. Keriuhan mulut2 berjiwa penyanyi koir, memang x bleh blah dan kalau masuk perpustakaan negeri, selayaknya memang kene halau.


Aku terpakse balik awal. (11.30pm...awalkah?) cause aku drive sorang. En. Husband x dpt follow cause ader raptai kawat kaki kat MBSA. Balik tu memang x toleh kiri kanan (kecuali memotong) sebab dah jarang drive sorang lately ni. (Penulis adalah pengidap "penyakit penakut yg kronik"). Fadahal time bujang kalau x kene maki dgn mak aku, memang sampai ke pagilah aku berborak kat mamak. Kantoi.....
Kesimpulannya... "pesta muda mudi, tua tui" (tang tua tui : slow skit) sgt menyeronokkan. Siap ader yg bertapau sebab makanan berlebih. Aku yg tak der dlm senarai "menapau" sebab balik awal. No hal, sebab yg penting....
"kegembiraan berganda bukan kekenyangan bertimpa-timpa...!"
X bleh blah slogan! Thanxs to Kak Nit's & Mr. Amar
Chaloooo.... Betty !