Monday, October 25, 2010

Doa & Ikhtiar






1) AO PRO (84 tablet)
AO Pro USANA telah dibentuk untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan am serta untuk melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas. Essentials USANA membekalkan asas pemakanan yang diperlukan oleh setiap orang dewasa untuk kesihatan harian. Tekanan harian dan pencemaran persekitaran telah mengakibatkan radikal bebas yang semakin banyak. Diet kita yang banyak mengandungi makanan terproses dan kurang mil penuh menyebabkan kita semakin memerlukan penokok antioksidan. AO Pro membekalkan antioksidan yang bermutu dan biowujud (bio-available) untuk memenuhi keperluan kesihatan yang semakin mendesak. Selain perlindungan antioksidan, AO Pro juga memberi badan kita zat-zat yang diperlukan.

2) CHELATED MINERAL (84 tablet)
CHELATED MINERAL adalah terdiri daripada suatu spektrum mineral yang luas, termasuklah zink, selenium, magnesium, kromium, iodin, tembaga, mangan, dan vanadium untuk kesihatan badan yang optimum. Mineral dan unsur surih mewakili kurang daripada satu-setengah dari 1% antara jumlah nutrien yang kita makan setiap hari, namun sekiranya tanpa mereka, badan kita tidak dapat menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak dengan berkesan. Mineral asas juga penting untuk metabolisme badan, pengekalan tahap glukos yang sihat dan fungsi imun yang sihat.
Tumpang lalu....ni bukan iklan menjual ubat tau. Just nak sharing aku baru dpt product ni pg tadi dr seorang member office.

Soalannyer....mengapa?
Sebab, aku ader KPI utk tahun ni yg aku x achieve 2 lagi. KPI bab keje dah nak submit. Tapi personal KPI blum nampak aper2 tande achivement. KPI yg dimaksudkan adalah utk pregnant lagi. So, for info aku memang sgt2 nak planning to pregnant cause my liltte boy nak masuk 5 tahun. Planning to pregnant after 2-3 year delivered Darwisy. Tanpa guna apa2 alat2 keselamatan jalan raya (auchhhh...scary !). Sebabnya aku tau aku ni agak susah skit. Time Darwisy pun dulu almost 8 month baru dpt (alhamdulillah....) tu pun berurut. Sebab dizaman remajanya aku mengelinjat main netball.
Bab kedatangan Mrs. P setiap bulan memang x miss dan konsisten. So bab tu memang insyallah x der problem. Maybe blum rezeki aku agaknya dan masih perlu berdoa dan terus berdoa... Tapi yg penting usaha & ikhtiar. Selepas itu baru bertawakkal..... So ader sorang member office just sharing yg dia ambil ubat ni x sampai sebulan, dah ader rezeki. Sedangkan selama ini dia menunggu hampir 1thn 1/2 nak pregnant. Maybe sedikit sebanyak ubat ini juga membantu selain doa yg berterusan dan kuasa Allah S.W.T
Aku minta dia orderkan cause husband dia yg belikan. Dan ubat ni perlu dimakan oleh kedua2 pasangan suami isteri. Aku ni pun nak bli ubat pun kene tgk2 ubat gak. Bukan main sebarangan beli jer. Takut2 lain yg datang. Tapi Insyallah...kalau ader rezeki aku x lokek nak kongsi cerita & pendapat....
*Kali ni N3 aku cam serius kan....?
Adakalanya kita perlu serius dalam sesetengah perkara

6 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

InsyaAllah memang okey produk ni!

mak kRina makan ni. Abg ipar dapat member price.

mrs e said...

yan;

kalau ade pe-pe perkembangan share tau.. boleh naja cuba gak.. :))

suzieapai said...

siyesss nye ko...YES!! benda2 mcm ni harus series..

mak cik aku mkn HPA, dh umur 41 peknen plak..tersubur plak...

YanDarwisy said...

Azrina : yer ker kak...Mudah-mudahanlah kak ek. tapi hargenyer bleh tahan gak. Glup!

Mrs e: Insyallah...kalau positif sedia nak kongsi

Suzie Apai: ha..ha..ha...! Tapi aku kalau buat muke seyes, cam lemau tau. Muke pakse2 seyes.
makcik ko 41 thn muda lagi beb. Oklah tu...mantop meletopp!

fuadnis said...

bagusla yan..
bukan setakat berdoa je..usaha gak tu penting..akupun mase nak dapatkan anak no 2 pun payah gak..mcm2 usaha..makan biodex..tak jalan pun..makan ubat hemopati..alhamdulilah ade rezeki..yg 3rd nie lagi express tak sangka..mudah pulok..kononnye utk kesihatan dalaman..makan EPO dan nona roguy..last2 terlebih subor plak..:)

Amalina said...

takleh nk komen byk2 sbb tak kwen g..hanya boleh katakan..

yeyy!! darwisy nak dapat adek..hehe