Wednesday, March 31, 2010

Thanxs bebanyak kat "Suriaamanda"



Thanxs le bebanyak kat "Suriaamanda" cause bg award akak neh. Walaupun steatment "Beautiful Blogger" tu cam acah2 beutiful jer kat akak ni hah. Tapi sebagai menghargai persahabatan kita di jalur lebar ni, akak amatlah menghargai...Thanxs ya! Semua followers aku pun "Beautiful Blogger" juga....

*Ucapan memang skema, perut tgh fenuh makan nasik lemak lauk kerang. Maafkanlah erk....

Alam 30-an...Aerrrghhhh?!!!





Biaselah, nak masuk alam 30-an ni, aspek2 kesihatan mahupun kecantikan lebih menjadi perhatian tatkala garis2 halus dan pigmentasi mula kelihatan di sana sini. Sbg langkah untuk mengatasinya, aku telah menggunakan masker arang dr Cosway yg mana ianya sgtlah berkesan selepas shj digunakan. Aku dah hampir 2 tahun guna. Twice a week. Tapi bila masker dah kering, giler ketat nak tanggalkan dan time tu kita bleh nampak white head & black head yg melekat pd masker yg ditanggalkan. Memang puas hatilah setakat ni. Tak mahal, kalau offer dlm RM21. Dan aku memang penguna Cosway tegar. Dari penjagaan muka sampailah ke sabun basuh. Nak masuk 30-an ni, semua bab kene jenguk2 skit.


Tuesday, March 30, 2010

Apa nak buat ni?

Aku mengalami penambahan berat badan yg mendadak.
Perlukah aku.....?

Atau ini.....






Apa nak buat ni? Terasa badan makin menjadi-jadi naiknyer. Pemakanan langsung tak terjaga. Breakfast nasik lemak hampir setiap hari, lunch nasi + asam pedas + ikan goreng. Kang petang hi tea kopi+kuih yg kaya dgn kemanisan. Haiyoooo....memang aku tak berdiet sejak 3 bulan yg lepas. Main langgar makan jer sesedap mulut. Sudahnyer baju tak muat...tang peha + vontot. Bukan apa, aku planning nak tambah cahaya mata, so segala plan pemakanan diet aku selama ini aku tak sekat.2 Salah sebenarnya. Cause tak sepatutnya aku boleh makan semahu-maunya tanpa mengira kesan. Apalagi nak berjongging. Sekarang nak turunkan balik memang tak sesuai kot. Cause dibuatnya ada isi, sia2 jer apa yg aku buat. Maybe aku perlu mengawal sedikit pemakanan. Inilah problema kaum wanita spt aku...

Wednesday, March 24, 2010

Good Bye Energy Orange

Good Bye Energy Orange...

Dah masuk 5 hari kami tak berkereta. Pegi keje merempit. Sebab keta hantar pi "Make-Over". Keta ni tahun ni nak masuk 5 tahun, so sebagai menghargai jasa & pengorbanan keta ni, we all decided nak spray colour baru. Colour apa? Tungguuuu...... Memandangkan keta ni byk sgt hasil seni yg amatlah abstraknyer ditambah plak dgn garisan2 hasil beskal anak aku yg cukup berminat mencelah2 ditepi keta, kami nak buat make over supaya nampak terbela sehingga hutang habis bayar. En. Husband kata 3-4 org officemate dia beli keta baru. Alza la, Exora la. Tapi we all dah bersepakat utk tidak membeli kereta lain sehingga habis bayar. Kalau dah habis bayar, lain citer. Dah satel satu2 hutang sgtlah melegakan. Lg pun keta ni tak jalan jauh pun. Aku pi keje pun tak sampai 20 minit. Itu pun kadang2 En. Husband hantar. Kami hanya menjaga kesihatan luar dan dlm keta supaya ianya sentiasa nampak elok. Kereta inilah yg memberi 1001 kenangan pd family kami.

Saturday, March 20, 2010

In Everning at Kopitiam...






At weekend, mesti bawak Darwisy kuar jenjalan walaupun sekejab. Lewat ptg singgah Alam Sentral repair hp aku yg memanjang jer memory phone full. Stress aku...nak bli yg baru memang tak der dlm budgetlah. Elok lagi. Cuma diserang virus menggila yg mintak di baling 3 meter dr aras meja makan. Sebelum tu, perut biaselah memberontak minta diisi. Baru we all perasan, pakai baju Manchester United. Memberi sokongan pd En. Husband dgn pasukan favorite'nya. Layan jugak, tapi kalau kalah, malas aku nak tgk. Tido lagi best!

Friday, March 19, 2010

Mula menjengah design langsir

Second hall-Ruang makan


Main hall


Minat juga yg ini, simple
Yg ni kang, tertarik dek anak aku, tah terburai...


Ni nampak cam bilik pengantin, tapi sweet jer!



Mula menjengah design langsir. Cadangnyer nak menukar langsir umah mak aku ni hah, tapi nak carik design yg simple2 jer tapi cantek. Sebelum ni tak pernah tempah langsir...semua mak jahit. Mak memang suke menjahit. Dia kata lebih sentimental value kalau kita sendiri yg buat. Itu ayat mak aku setelah ditranslatekan dr bahase jawe.. Suka bab2 fabrik ni, tapi kalau suruh menjahit, mau terjahit sekali jari ni. Itu tak kire lagik mutu jahitan yg bengkang-bengkok....berkedut sana sini.






y

Thursday, March 18, 2010

Masalah peha & punggung-Squat and lunge exercises






Squat and lunge exercises
Nak kongsi skit pengalaman mengamalkan "Squat and lunge exercises" ni. Ader sesetengah kaum wanita khasnya yg sudah melahirkan anak mengalami masalah peha dan pinggul yg besar. Tak terkecuali aku. Aku pernah buat exercise ni secara konsisten hanya sebulan, dan ianya memang nampak kesan. Nak lagi berkesan sblm buat exercise ni sapukan krim pelangsing. Lepas exercise, peluh menitik keluar memang panas tak henggat. Tapi secara keseluruhannya memang sgt berkesan dan efektif. Tapi bg yg pertama kali melakukannyer, jgn serik @ malas. Memang azab nak mula cause urat2 & otot2 masih keras dan tegang. Tapi kalau dah buat, kita akan mula rase selesa. Lakukan sebanyak kiraan 10 pada satu set. Dan ulangi sebanyak 5 set. Selamat mencuba!





Wednesday, March 17, 2010

Our Big Project in 2010





Our Big Project in 2010. "Dimensi Rifqi Studio". Inilah impian aku...bukak satu freelance company yg agak sederhana sbg memberi ruang utk aku berkarya selepas seharian di pejabat. Cheh...steatment. Tak derlah, cuma sekadar mengisi masa lapang utk layan small2 project. Aku dah hampir 7 tahun buat freelance ni, tapi this year nak take a bit serious. Tapi masih bekerja makan gaji spt biasa. Dan aku akan pastikan ianya tidak akan mengganggu waktu kerja di pejabat sebagai Grafik Designer juga. Cuma apa yg aku harapkan, rezeki yg ada dpt dikongsi bersama dan dimanfaatkan. Chow.


Tuesday, March 16, 2010

Family Day 2009 at Sunway Lagoon















Time ni "Company Family Day 2009 at Sunway Lagoon". Biasalah, aku agak terlewat skit nak post entry. En. Husband time ni tak dpt follow. Dia ader tournement Tarik Tali Kat Padang Merbok KL. Jadi sbg pengganti, aku import bibik educated terbaekk punya. Anak buah aku yg sulung. Dah booking so, kenelah buat replacement. Dahlah terpakse berjemput kat UiTM PJ. Nasib aku berpuas hati dgn perkhidmatan tambang murah ko Ira. Family Day kali ini baru first time aku follow, cause sblm2 ni selama 6 tahun aku bekerja, baru tergerak hati nak get involved. Tapi so far, oklah...aku bertiga layan semua game2 kat sini. Langsung tak follow program yg company buat. Jahat...jahat.... Yg penting Darwisy happy. Kul 5.00ptg keluar, kaki dah menggeletar penat berjalan....










Monday, March 8, 2010

"Kuat Makan"


Bosan dgn gambar lama kat FB. Gambar nih lebih menunjukkan yg aku seorang yg "Kuat Makan"

Rindu semuaaaaa...


Lama tak ber'blog. Banyak benda yg story neh, tapi mood tak ader. Nanti arr skit hari, aku come back. Tekanan kerja tak jugak, tapi idea nak bercerita tak bleh pegi. Nak update dr umah, tau jerlah kalau dah kat umah. Gambar ni time cuti chinese new year bulan lepas. Tgk..tak sempat nak kongsi citer. Tapi rindu sebenarnya kat kawan2 blog. Insyallah..dalam sehari dua aku ambik feel balik. Rindu semuaaaaa.