Wednesday, September 9, 2009

Sampul Raya- Spesial Edisen

Sampul Raya Spesial Edisen. Promote biz nampak?! Sajer, thn ni aku ader mood berlebih plak nak create something utk raya ni. Dalamnya jgn arr tanya kaler apa yg aku bagi. Rahsiaaaa...... kui, kui, kui. Kire kalau sapa2 yg bertuah ni, kira kengkonon cam speciallah. Ahh..jgn nak lorat. Tak dernyer, aku suke2 jer nak buat. Buat print2 sendirik. Kalau nak ikutkan byk sampul2 free dr bank2 & company. Lagi tantek2...




Tuesday, September 8, 2009

Bye! Bye ! Fatin...

Tgk jaja, chumel jer dia


Gangstar Siam


Eh, eh, eh....kamu!


Sempat lagik tu!


Fatin, bakal dokter gigi & Kak Nita


Waktu ni adalah hari2 terakhir Fatin bekerja kat sini. Kenapa dia berhenti? Tanya Kak Nita, sebab Fatin bekerja bawah Kak Nita. Kak Nita buli2 dia. Salahkan kak Nita...wo...! Tak derlah, dia nak future study kat Egypt. Muda2 lagi dah pegi negeri org. Yg saikonya, dia sakan puasa kat sini, tapi lagi 2-3 hari nak raya kene terbang ke Egypt. Kalau aku mau meraung.

Yg lain2 tu adelah periuh suasana. Si Noein dgn Mai sempat jugak masuk line dlm pd nak pegi netball trainning. Pantang nampak kamera. cam nampak kamera Astro. Habis, yg tulis ni...bukan lebih kurang ke? Grrrrrr......




Thursday, September 3, 2009

Mudah, Murah, Nikmat...Boleh?

Sosej yg jimat lagi nikmat!



Bahan-Bahannya:-
8 keping roti sandwich Gardenia (brand lain pun ok)
8 batang sosej ayam, celur 5 minit, angkat dan toskan
2 biji telur 1/2 camca teh serbuk lada sulah
Mayonise& Sos Cili untuk dijadikan gam

Cara membuatnya:-
UNTUK ROLL SOSEJ:-
Leperkan setiap keping roti dengan torak (alat penggelek pastri) hingga leper. Ketepikan. Dalam satu bekas, pecahkan telur, campur serbuk lada sulah dan kacau hingga rata. Letakkan sosej yg dicelur tadi dan Gulung roti. Gamkan dgn mayo dan sos cili secara melintang di hujung roti. Celup roti dgn telur dan goreng hingga kekuningan.

Sedia utk dingapp bersama sos cili thai @ mayo..
Amacam? Ada berani...?

Wednesday, September 2, 2009

Sluurrpppp!!!!


Ko tak senonoh tau. Tak balik ko, bulan2 pose tunjuk lauk pauk, segala juadah bagai. Ko tau tak apa hukumnya?! Makruhhh !!!! Tapi, aku tetiba gak teringin nak makan Tom Yam Kung & Laksa. Ni bukan teringin, ni namanya ko gedik geleman! Bulan poser goreng ikan bilis dgn kicap Tamin pun berselera.

Sapa plak yg aku nak kerah blanjer niiiii? Anak buah aku, tgh kaya skrg ni dpt duit bantuan sara diri dr Tabung. Tabung ****N. Dia sgt kedukut dlm semua hal, duit aku duit dia. Duit dia, duit dia. Manis ke peribahasa tu meh aku tanya ko? Tapi aku akan pastikan dia blanjer gak aku. Kalau tak ko Ira, jgn harap aku jemput ko balik. Haippp...haipppp!


Friday, August 28, 2009

Kamu!

Darwisy Rifqi Azmi
Aries (21 Mac-19 April)

Sekali melakukan sesuatu, dia akan selalu mengingatinya seumur hidup. Ini membuatkan si kecil Aries mampu melakukan banyak perkara lebih cepat dari bayi-bayi lain sebayanya. Keinginan yang kuat untuk melakukan segalanya akan membuatkannya menjadi seorang yang berjaya dalam segala hal.

Si kecil Aries juga memiliki mimpi yang besar dan akan berusaha utntuk memilikinya. Inilah Aries! Memerlukan dorongan dan sentiasa ingin merasa disayangi. Memiliki hati yang lembut di balik penampilannya yang keras. Mudah bergaul dan kreatif namun mudah goyah.


Thursday, August 27, 2009

Mata pun nak Beraya jugak...

Freshlook


Aku memang pengguna contact lense sejak 6 tahun yg lepas. Bukan sajer2 tau memang mak ngabun dr sekolah lagi. Cuma kat sekolah pakai spec, tak ado duit nak bli lense. Dah tu power bukannya skit. Kiri kanan 550 tahap kerabunan lo. Kalau aku tak pakai lense, satu keje pun aku x bleh nak buat. Aku x selesa pakai spec. Aku ni cepat pelupa. Kang tah mana2 aku letak, tup tup patah terpijak. So aku memang pakai brand "Freshlook". Selesa, O.k dan tahan lasak. Dah tak tukar2 sejak 3 tahun. Dan warna yg aku pakai adalah "Honey". Aku kalau repeat order, mesti pakai "Honey".

Aku rasa sempena raya ni nak tukar seleralah. Sebab aku kena tgk2 jugak color yg sesuai dgn kulit aku. Kang pakai color yg x tentu pasal, dah org tgk pelik. Aku ingat raya tahun ni nak tukar pakai color "Pure Hazel." Tak nampak cam color merepek sgt kan?

Kalau korang apa color pilihan.....?




Tuesday, August 25, 2009

Siratullahim....

Rose & Sally korang suka buat aku jadi bengong!
Sempena bulan ramadhan ni aku percaya, time nilah kita seronok nak buat gathering dgn kawan2 lama @ kawan2 sekolah. As per usual, (cheh cakap omputeh) aku dgn member sekolah buat gathering sekali lagi. Korang bayangkan dah hampir 9 tahun aku meninggalkan bangku sekolah, tapi kami still keep in touch. Cadangnya nak santai kat dataran sambil makan2. Tapi memandangkan masing2 ader anak kecik, Sally tuan tanah dgn besar hati telah meng'offer umahnya sebagai tapak pesta mlm minggu ni, iyer tak sally? Dia juga telah mencadangkan agar segala menu dimasak shj diumahnya tanpa prejudis.

Menu2 yg dibangkitkan amatlah meliurkan....

a) Ayam black pepper
b) Sambal udang atau sotong (pilih yg mane satu korang suker)
c) Kailan ikan masin
d) Ikan/ daging masak kari
e) Ulam-ulaman
f) Kuih muih
g) Buah (untuk membantu proses penghadaman)

Member aku ni bab masak memang suko. Bak kata dia dgn penuh angkuh "tak der hal punyerrrrr!" cheh! balagak! So Hari sabtu ni nantikan keriuhan suasana berbuka kami. Tapi memang seronok jumpa kawan2 lama ni. Ader jer benda nak diungkit. Dah tu kang mula lah sorang2 gelak sampai nangis2. Kalau tgh sedey, jumpa korang aku jadi lupa dgn masalah aku sebab korang ni kalau buat lawak memang melampau!