Thursday, February 20, 2014

Hari ini hari Khamis... Dah tu..????

Hari ni masuk hopis mcm biasa. 7.15am dah kuar dr umah sbb smlm biras aku, Umi yg keje Maybank kat Bangsar nelepon katanya jem teruk kat bt 3. Tanya aku kenapa jem kot lah aku dah lalu federal kan.. Tapi sygnya hakak EL, dik.. So x dptlah nak roger2 info..

So mengambil ikhtibar dr kes smlm aku pun mengambil langkah acah2 bijak utk kuar awal pd hari ni. Dan terpancul depan punch card dgn jayanaya sblm kul 8.30am. Amazingggg... Tettttt!!!
Lately ni mmg byk sgt kerja especially for new packaging. Mcm biasalah OEM product mmg byk sgt kat market. So aku kene blander hotak ni utk perah idea. Tapi kalau dtg musim jengkolnya mmg hotak aku sgt lemau utk kuarkan idea2 bernas.. Tapi kalau idea mencurah2.. X kira hujan panas ke, pelangi petang ke aku hadap monitor ni mcm x der esok2.. Haaa gigil kan dgr?? *sila jeler lidahhh.

Hari ni baru start utk product liquid chlorophyll dgn oat..
Ada bermcm peel product lagi nak kene setadi. Ecehhh, terpoyo sudeh! Hari ni aku bercadang utk x setay back. Sbb Darwisy pun tgh x berapa sihat. Nasib hasben masuk kul 3.00pm bleh tolong tgk peel anaknya kotlah demam dah rebah skit, dibuatnya main basikal depan umah tanpa rasa terpalit segan silu. Cikgu bahasa melayunya umah selang 2-3 bijik jer pun. Kot terkantoi mmg heloklah sgt aku talbiah 60minit bersama ustazah don play play ni... *sambil singsing lengan.

Ok time lunch pun dah nak habis waktu. Nak siapkan kerja laju2.. Dan balik dgn hati yg gembiraaa sgt nak hadaap jem..Tapi kalau x der apa mcm excident ke still slow moving dlm 7.15pm sampailah beta ke kg halaman... Dah kenapa??

Ok sambung kelijaaa..

competitor punya packaging


klorofil mambang hijo

Wednesday, February 19, 2014

Darwisy demam

Hari ni aku terpaksa amik EL, Darwisy demam dah 2 hari x baik2.. Darwisy sblm ni mmg kerap benor demamnya. Bleh kata tahun sblm ni adalah 3,4 kali.. Sbb Darwisy ada tonsil kat tekak.. (adakah tonsil di lutut..??)

Tapi lately ni dia agak jarang mendemamkan diri maybe sbb antibodi dah strong utk kene jangkitan. Tonsil tu kalau kene kuman akan menyebabkan dia sakit tekak lantas demam. Haaaa gitewww...
Tapi utk thn ni baru sekali ni dia demam. Dah pernah refer pakar tapi doktor kata cuba tgk beberapa bulan lagi sbb doktor x advised utk operated sbb bila usia meningkat, tonsilnya akan kecut dgn sendiri. Tadi pun buat pertama kalinya Darwisy kene amik darah... Kihhkihhkihhh aku dgn laki aku dok gelak jer apabila dia acah2 lagak macho depan doktor. Bagusss.. Anak jawa x gentar! Amik darah sbb dah byk kes denggi kat kawasan umah kami. Bagus gak sbb depa mmg amik langkah berjaga2. Thumb up klinik kesihatan ini.

So dlm kes ni (ok, scene serius) Darwisy mmg ikut aku, sbb aku mmg ada tonsil tahap kene operated. Dulu masa baru2 masuk sem 1 kat uitm aku selalu mc, demam.. Sampai lecturer tegur maybe aku x bleh berjauhan dgn family.. Hapa kejadahnya aku gi kelas berulang alik kott.. (Hamboi gossip fandaiii tau lecturer ni) Bila fine out, aku disahkan ada tonsil. Disebabkan tatkala itu usia aku dah besau gajah, doktor advised suruh operated sbb mmg x der harapan nak surut sendiri. Bengkaknya besau kokkkk, ukur lilit 50sen kiri dan kanan tekak... Menutup hampir kesemua lorong tekak aku. Time tu nak makan pun perit sbb tekak sempit. (tapi patayya sepinggan khatam gak!) Mmg lepas buang tonsil tu dah x demam2.. Agak lama aku tunggu kot2lah bleh MC time2 assigment tersadai kan... Keji punya permintaan kan?? Kalau demam pun sbb aku letih sgt atau pun tersampuk bunian time short cut kat pintu gate belakang uitm. Haahahhaahaaaa.. Mcm bayilah sgt tersampuk2 bagai dah tua2.

So lepas hari ni bg Darwisy makan nasi ayam peberet. Sbb apa peberet??? sbb dia bleh shopping sakan bli aneka jajan (jawaaa betul!) depan kedai makan tu. Nama kedai tu kedai basikal.. Aneh bukan?? Kedai makan tapi panggil kedai basikal.. Kalau pes time org dengar mesti kata aku konpiussss dlm kesamaran. Taaakkk sbb depan kedai tu ada arca basikal tergantung atas fokok. Tempat ni ngetop tau dikalangan kawasan kami.. Tunggulah aku heret producer jln2 cari makan. Wahhh.. ! Nantilah aku snap. Citer tapi x der gambo.. Chaittt!!! Hasben plak hari hi masuk kerja kul 3ptg. Musti mereka2 kata kami memonteng kerja mengheret anak sekali. Bleh siap berfoya2 makan goreng pisang dan roti sardin. Ahhhhh... Jelesss lah tuh! *sapa nak kisah hapipah oiii..

Balik Darwisy makan obat terus tersadai mcm ikan paus di lautan..
Dgn haku2 sekali terjebak. Lalu kami hayut...
Hokey. Rasanya x payah citerlah apa yg terjadi seterusnya... Zzzzzzz. Heben kau!
Hokey nak minum petang. Dlm pd sdg menulis aku sempat tahan putu mayam depan umah.. Ko mampu??? Alahai ganda 23 punya nikmat menu minum petang. Pastu bancuh kopi O, sekali lagi heben ganda 44... Kebabooooo!!!

Hahahahaa Darwisy sampai skrg x bangun lagi. Sblm Darwisy aku ni bangun, nak siap2kan minum petang dia. Kadang2 rasa bahagia plak sesekali jd suri umah. Tingggg!!? Hapaaa.. Benti keja??? Hahahhaa tunggulah kwsp aku berkepok sampai langit biru. Haahaahaa x hengat punya berangan man andir!
Hokey sekian...! Daaaaa esok sambung lagi


Kelihatan yg berkenanan sedang hanyut....



Sgt oldies bukan pinggan mak aji Rocky..
Baru terasa mcm ala2 zaman Jimi Asmara giteww..

Tuesday, February 18, 2014

Selasa yg gelabah..!

Selamat Pagi dan selamat hari Selasa
Tah mcm mana hr ni aku bleh plak terlajak anjakan paradigma terbangun lambat... Mentang pulak sdg sahaja aku bercoti. Tu yg melangha tu...
Mcm biase apabila dah lambat maka terpancarlah aksi2 gelabah babun amazon nya.. Kejut Darwisy pun lagak warden PLKN. Dia bengang aku plak yg mandi duluan.. Ewahhhh bukan main nak sentap mak nab kau anak...
Nasib hasben kija ptg lantas memecut Novo nya sambil mentata aku.
Anak beranak sempat mentata aku dlm kekdah dah lambat yg gelabah. Lup u ouls lah bebeh...  Aku pun dgn x semena2 pun lambat gak lah ke hopis.. Tapi mujurlah (mujurrrr sgt!) hopis aku ni fleksible. Kalau masuk lmbt, makanya balik pun haruslah lambat.. Suka suki abah kau jer nak dtg tgh hari buta ke, senjakala ke.. Tunggu mak aku bukak kompeni jual kerepek sukun eksport ke Dublin.
So sempat berbedak jer. Eyeliner pun toreh dlm keta. Senget benget ke, pedulik neneklah sana.. Sbb mata aku ni kalau x pakai eyeline nampak sembab (kalau tua tu, tualah jugak nyer pun!)
Ok sambung kija.. Hari ni saya dijangkakan sibuk (sibuk nak pikir mkn mana lunch ni)

tengok..tengok.. keindahan jem nan INDAH dinihari


calit2 skit eye liner, tatarias yg maha femalas!


Monday, February 17, 2014

Salam..
lama sgt dah ni x berbelog.. lama, lama sgt *heleeehhhh... heran apa org ko ader belog ke tak?
osahkan nak sebaris blogger Hanis Zalika, Hanis Suraya Aura White pun sipi2 cicak tau!
lama sgt x menobel citer2 sendiri hadaptasi cerita sehari2. Aku mmg suka bercerita sejak sekolah
Tu sebab kalau bab pertandingan bercerita aku terhegeh2 memvolunteerkan diri walaupun citer tu x lah se best mana takat tajuk "Puteri Lilin bersama Dulang Ajaib" ko hadooo ...?

Blog ni tempat aku meluahkan perasaan gembira
Sampai perasaan gembira dpt makan biskut cap hap seng pun nak jaja sini.. kisah????

Ok la okla..Fine! ecehhh mcm artis instagram kau!
Byk sgt perkara yg berubah, termasuk saiz badan dan bilangan uban. haaakkhaaakhaakkk!!!
Insyallah.. nanti nak sambung balik hobi menulis ni sbb bila ada sorg classmate kat uitm dulu dah create blog tetiba aku plak touching.. ada blog bersawang lama dah x vacum.

Tapi kerana blog nilah aku dpt kenal gak kawan di alam maya yg sampai skrg keep touch, inasazfrog
Sampai la ni x pernah jumpa. end up x sempat2 nak laga pipi. Hanya selalu mintak pendapat bab2 kerja2 graphix ni. Aderlah 6-5 thn aku start blog tapi disebabkan aku ader peel lazy gaga.. haahahaaa terus smack down blog ni. Sbb lebih gemo berborak live dgn kawan2.. lebih mendekati katanya. Phuihhhh...!

Ok kang sambung lagi... sbb aku dah dpt bos baruuu (bahagia yg ikhlas sgttttt)
Lady bos hokey. but for me is no problem.. (BI adalah kredit hokey!)
Sbb sblm ni bos aku pun femfuan
Bos kata aku suka gelak totop molot.. dia x tau akulah staff paling langsi kat dlm hopis ni
Ok... daaaaa jumpa lagi!

Wednesday, March 28, 2012

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Zohor Berjemaah







Alhamdulillah... selesai majlis yg sbg mana committee rancangkan. Majlis Bacaan Yassin dan Solat Zohor Berjemaah anjuran Surau dan hal ehwal kebajikan islam CCMD.

We all decided utk buat 3 bulan sekali dan utk pertama kali penganjurannya sambutan melebihi jangkaan. Ternyata waktu rehat yg digunakan mendapat sambutan. Staff bersama2 di majlis ilmiah walaupun mengorbankan waktu rehat. Diharap sambutan lepas ni lebih memberangsangkan...

#tetibe mode aku acah2 dr penceramah bebas yg penuh hemah dan terpercik watak ustazah pilihan sekejap....

Tuesday, March 27, 2012

Steamboat...yunnek!!

Sesekali layan steamboat pun ok gak... tapi tekak aku lama2 loya gak kalau makan steamboat secara unlimitednya. Maklumlah tekak org kampung... layan nasi ambeng sajork. Lagi pun aku bukanlah penggemar seafood yg terhandal.

Ahad lepas, balik dr jemput En. Hasben dr MBSA terus ke Kota Kemuning menghambakan tekak menelah steamboat2 itu. En. Hasben ke PD ada tournament tarik tali 3 hari. Ni kira balasan aku menjaga anaknya dgn cermat tanpa prajudis sepeningalannya ke luar daerah... ekekehhh.

Kami check in @ Flamingo Steamboat Buffet Kota Kemuning.

Dan sekerimnya sgtlah sedapp (x der kene mengena dgn cerite steamboat lo..)


Rentung awak berjemur..tatapi awak tetap ensem.


Little Darwisy dan omak eh




Susah nak makan...tah baka sapalah diikutnya. Mak apaknya kaki makan..haiyaaa!!


Mari main masak2...


Tata...kami mahu pulang.

Monday, March 26, 2012

Weekend agaenda....

Weekend lepas aku kuar perfoya2 dgn anak2 buah ke Ikea @ The Curve. My yiincik hasben x joint sbb beliau ada tournament tarik tali kat Pd. Makanya aku pun ajak dorang teman mengisi masa utk mengabiskan duit gaji yg ado (tgh bulan makan kertas A4..)
Dgn harapan cuma tgk2 jerlah kunun. Tapi gi Ikea nak tgk2...? Kirim salamm lah. Tau2 beg guni biru tu senget jugalah bahu memikul. (Tak nak bawak troli takut terborong..sudahnya?)


Najihah & tuan tanah..


Ira & Batrisyia


Anak den yg sdg membaham meat balls & Najihah


Kami...

Sampai umah pun dekat2 kul 11 gaklah kami berjimba-jibaan. Nasiblah anak buah aku ada.. adalah teman nak berjln2 buat riuh2kan keta.. Chill..!!!

*akceli misi nak beli kasut. Kasut x dpt tempat rak pinggan aku bawak balik. Dush.. Dush.. Dush..!!!

Thursday, March 22, 2012

Hi tea..jemput ^_^




Roti Lavender & Nescafe
Jemput minum ptg semua...

Aku ni asal ptg jer lapaq..
Asal lapaq jer ptg... tulah pesen perut aku ni. Tah bilalah nak bukak pintu hati aku ni nak terima hidayah utk mendiet... Makin aku nak kental kawal makanan, makin susah plak aii...

Aku skrg ni pun jenis makan x bertapis2.. main bedal jer. Badan ni plak jenis cepat naik cepat turun.. (cepatlah sgt...) Tu pun ader org semis aku nampak kurus.. (nampak sgt tipunya...) Tapi kadang2 mcm terpedaya jugaklah.. pusing2 baju kalau x melekat mmg bleh lg nasik lemak sotong sblm tido. Ekekehhh kamo !!!

Tuesday, March 20, 2012

Made from Penang...

Memandangkan dah ke Penang last year, so kali ni hanya mensopping perut sahaja.. Balik sblm naik feri, akak ipar ajak menyinggah pasar penang yg tgh2 Komtar tu tah hape benda tajuk tempatnya. (Nampak sgt geografi takat2 lulus).

Mcm biase ole2 jeruk penang as trademark kalau ke sini. Tapi aku mesti bli kat Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Sebabnya...? x der bahan pengawet dan tekak aku tak perit kalau sebaldi mengabiskannya...
(Iklan sedekah...). Tapi x ler sempat nak snap sbb ghairah memilih aneka jeruk yg berbagai kaler.


Tetibe aku terpanah dek beg yg penuh seninya dgn anyaman mengkuang. Aku minat dgn design yg sentimental value dan besaq. Telekung, pouch mekap, pensil case semua sumbat. Anak ayam pun bleh kalau nak.. senang. Peti ais jer x bleh sumbat Sommm...


Anak tudung ninja ni memang aku melonjat2 suke. Padanlah aku tgk model tudung tu santekk jer. Tapi kalau model usahlah kau membebel... kompemnyer santik walhal ko serkup dgn buah tembikai buat topi. Anak tudung ninja ni upanya yg buatkan kemas jer bila berselendang dan tutuplah leher Killa Fairy aku ni (jahanam..)
Aku tgk Shiela Rusly tu santek jer..upanya tudungnya guna anak tudung ninja. Aku rase kat tempat aku ader kot. Tapi alang2 aku tertanya terus akak jual tudung tu kata "ooo anak tudung ninja ek dik...ader !" Ooo nama dia ninja ker ? Gila ganas tajuknya...
Mesti aku automatik santau merasuk watak ninja lepas ni. Ninja turtle gemok merepek2..

Ha..ha..ha.. ole2 kali ni mcm bleh bli kat sini. Tapi kalau org tanya aku bermegah2lah skit "bli kat Penang" mengeksen mcm bli kat Dubai jakunnya..

Motip : belilah barangan buatan Malaysia yg terchenta. Chill...!!!

Monday, March 19, 2012

Sekali lagi...kami @Penang

Alhamdulillah...kami sekali lagi ke Penang.. yabedabeduuu !!! Opkos pemakan tegar lagi rakus memang suka ke Penang sebab makanannya yg berbilang rupa dan rasa.. yumm..yumm. Last year bulan Mei kami ke sini.. dgn gambelnya memandai2 mencari tempat makan yg menarik. Dan kali ni kami mcm acah2 upgraded skit sbb dah menimba ilmu dr kesesatan dan keterlajakan.

Dan kali ni aku dtg dgn family aku yg mana tujuan utamanya menyempurnakan undangan majlis perkahwinan biras aku yakni adik akak ipar aku... @Bayan Baru. Tapi aku stay kat Tanjung Bungah. So..so.. lah.


Walaupun lewat sbb ada skit masalah teknikal. Tapi alhamdulillah kami selamat tiba.
(Abaikan mahkluk yg dibelakang yg x berapa senonoh aksinya)


Ahbang driver yg cekap dan tangkas dlm menghandel pemanduaan. Thanxs En. Hasben !!


Majlis Khatam Al-Quran pengantin & anak abg aku, Fatin.










Maapkan imej penulis yg lebih menonjol dr pengantin sepatutnya..


2 org pengawal peribadi saya ;)


Ahkak aku yg baru smp. X joint da konvoi sbb tugasnya sbg hr yg sibuk mengkakulate gaji staffnya.


Omak den yg comel ;)


Sekali lagi maapkan kami yg mengalahkan felantin..;p


Menunggu @ Kompleks Tabung Haji Pulau Penang..


Kamera mamat ni byk gambo kami. Ekekehhh... cis !!! Tanpa motip. Anak buah aku ni suke photography. Apalagi...gunakan kesempatan yg ada. Thanxs heykal !

Dan kalau korang perati aku mcm sudah kelentong sbb bukti gambo pengantin yellek.. tapi aku mmg x sompat nak snap guna hp aku yg sanggih (lah sgt) ni. Semua dlm digital kamera mak sonmm. Nanti kalau meroyan kerajinan aku, akan ku upload bertubi2... Ok tata.
Sekian-Tamat...

Thursday, March 15, 2012

4 singgitt...???!!!


Mana mau cari kuih 4 singgit zaman ipad ni pahhh...?

Ade..masih mengekalkan harga untung org ramai akak jual nasi lemak dan kuih-muih tempat aku. Sepemikiranku sejak aku pregnankan Darwisy akak ni jual dgn harga ni. Skrg dah 6 thn...dan masih sama. Kagumm benar aku. Tapi rezeki Allah... ada di mana2. Mmg cepat habislah kalau lambat sesaat. Mcm lg kak Melah "sesaat kau datang sesaat kau hilang..." lebih tuuu...

Tapi kuih2 ni memang sodapp. Tinggal 2. Sbb lg 2 dah ku bedal dgn lahapnya...


Jemput sarap kawan2...yummy!!!

Wednesday, March 14, 2012

Room Scents...manginyerr !!!


Lavender Manginyerrrr...

Aku bab2 wangi mewangi memang teruja. Wangikah....??? Aku lunch dgn opismate smlm. Tetibe ader walk in promoter buat sales perfume bilik ni. Aku bau mcm menarik...baunyer pun bleh tahan sampai 5 minggu. Aku compared price pun oklah..aku bli 2 bauan. Lavender dgn Berries...fuh 2 sekali ko Yan. Tamak bin haloba sungguh.

Aku try bau Lavender kat opis. Rata2 yg masuk bilik aku memang menegur..urmmm wanggiiii. Wahh memang ader kesan mendalam pd corong idung dorang. Actually byk haruman...tapi aku pilih Lavender sbb utk stress dan migrain. Yg Berries tu utk menyahkan bau2 yg kurang enak yakni bacin yg sukar dimusnahkan gitu..haahaahaa..!!!

Tapi kajian pun ado mengeluarkan fatwa bahawasanya wangi2an ini mampu memberikan mood nan positif jika dipakejkan dgn hati yg bersih dan ikhlas.. Nahhh kauu. Sekali aku bermotivasi sejenak.. izinkanlah ;)


Aura wangian nan indah. Ekekehhh

Tuesday, March 13, 2012

My little Darwisy...


Ibu saaayang kamo ketat-ketat lol...

Skrg ni waktu msia aku percaya anak lelaki aku sorang ni tgh menelaah rancangan kartun bertubi2. Coti sekolah adalah nikmat kan Darwisy...lagi nikmat kalau ibu soal satu2 spelling ekau...

So on skoll holiday ni Insyallah kami merancang bercoti ke Penang sempena majlis perkahwinan biras den kat Bayan Baru...sambil makan mee makan udang. Jadi mee udang... Gongeng sedass !!!

Nak makan puas2 mcm lah x der esok...
penang mariiii.....

Do we ouls ambil kesempatan utk bercoti sekali bersama family blah den. Tak sabar nak coti...on this Friday.(mengalahkan anak eh..)

Bila kami berdiskusi..


Sally & Abg Sham


Baby Alya Saffiya


Dura & Boy


Aku yg comel (kot) & en husband




...dan kami yg bajek cam best

Kami best dan gila memehkak mlm tadi. Somewhare dekat umah kami, Old Town (sedikit menunjuk2 yg kami juga org bandar). Ekceli ni unplanning. Call memasing free plak. Kecuali Rose yg sibuk dgn mabuk akibat buatan sang suami. Ekekehhhh paham kah kamo sana...??

Biaselah Dura org yg terlambat dtg walaupun x bawak pun gugurl dia. Aku pun x bawak Darwisy cause mak aku dah hangkut pi umah abg aku. Lg pun kang terpaku nengok omah eh mengalahkan Melodi.

Kalau kami ni dah berjumpa..ko jgn haraplah nak mencelah jual majalah ke, kuih benderam ke time2 kami sdg menjoyah...kami sukses dlm bergossip. Tapi bukanlah mengata ke mengumpat...cuma bercerita pada satu hari jer...

Esok2 kita berdiskusi kembali ya..
Challo betty...!!!

Friday, March 9, 2012

Nikmatnya ketiduran...


Tidoo time...Heaven !!

Alhamdulllah...insyaalah saya berjaya mengabiskan puasa yg saya nazarkan atas sebab sesuatu. Aminn...
So hari terakhir.. mcm biase time lunch balun tido sepuehnyo.. Rase nyenyak walaupun sejam cuma. Dasarr tido mati... Dgn bilik aku yg golap sejuk senyapp...fuhh nikmat kau. Ok.. jumpa lagi. Salam Jumaat semua..tataaaaa....

Monday, March 5, 2012

Kami bahagia...anda bagaimana?


Apakah kaitannya...?

Urmmm...kunci dan jam tgn. Ku congak2 kurang 15 menit mahu istirehat..yeaaahhh. Inilah bahana tidak menikmati sarapan pagi. Kebulurlah kau sanaaa... Setiap kali berniat nak membeli breakfast, mesti pedal brek mcm ketat nak tekan.. sudahnya merengek lapor. Lempang sedasss....

Dahlah milo secangkir tumpah penuh bergaya atas meja aku. Lencun artwork aku piahhh.. Mau berduyun2 semut berebut2 mcm nak bli tiket Adnan Sempit II. Waahh iklan disitu. Doblas ratus bintang Adnan Sempit II yg memang terbahek kepit2. Jauh kita ni mengarut... kat mana kita?. Ha..pasal jam dan kunci keta merchedess aku. Tepat jam 12.60tgh waktu semenanjung...maka bertempiaranlah lari sambil berjoyah ke pintu lif sehingga ke medan letak kereta. Pokk pek..pokk pekk... dg molot yg senget2 nan bergaya. Geng2 istirehat aku x der istilah kepit molot..mlm sikit. Bangla Nepal keje kopitiam mau terencat prestasi keje terpanah dgn molot kami yg mencurah2 menjoyah. Rugilah Asetro Awani tak amik kitrer org jadi penyampai berita. Rugi..rugi.. hakkkk tuiii !!!




Bahagia tak kami...???

Kami mmg sering keluar bersama. Cuba ada sorang yg baru berjinak2 memohon beristirehat dgn perkumpulan kami. Salina Gomol yg hamil 4bulan. Orgnya kecil tapi tahap ketidaksenonohnya mcm haram jadahh... kadang2 tak sedar kata2 beliau membuatkan kami sampai nanges2 terbahak kencang.
Tapi dgn muka selamba ubi dia.. aku perati jer peel dia...heiii!!!

Tapi inilah yg membuatkan aku rogi apply coti sbb x dgr drama kelakar masing2 yg mcm sengal2 kicap.
Sayanggg korang ketat2...