Tuesday, August 10, 2010

Besday Party Aqeel

Inas, Diam jer dia. Dah nak balik baru riuh...
Siap bye2 kemain kuat




Seronok dpt jumpa balik x officemate lama...
Dyla, Kak G & Kak Nita


Umah baru Kak G yg cantik...



Alhamdulillah, sempat gak berkunjung ke umah Kak G di Kinrara, Bukit Jalil sempena Besday Party anaknya Aqeel Mikael Faizal. Rindu jumpa x offismate lama. Inas plak walaupun badmood tapi comel jer dgn matanya yg bundar. Haziq dah buat hal sendiri & Kameya sgt pemalu. Dan yg pasti bukan ikut mamanya. Larikkk...!Kak G walaupun sarat pregnant, tapi still maintain. Perut jer kedepan. Mcm tu gak dgn Kak Nita & Dyla. Aku jer yg mengembang tanpa hasil..Bleh? Kat bawah ader pool, dah Darwisy ingat nak pi tido hotel. Husband aku pun satu suka menyakat mereka2 cerita tahyul. Nasib dia tak tanya beg. Anyway thanx kak G cause sudi jemput kami sekeluarga. Selamat menanti kelahiran anak ke 2 dan selamat berpantang...



Friday, August 6, 2010

Ramadhan Ini...


Salam buat semua. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2 blogger. Dan dikesempatan, ini saya mohon ampun dan maaf sekiranya terselit kata-kata mahupun gambar yang menyinggung mana-mana pihak yang tidak disengajakan sepanjang saya menulis di blog ini. Adakalanya niat kita tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Sekadar berkongsi cerita dalam kehidupan. Jauh sekali untuk menunjuk2 ataupun membangga diri. Siapalah saya yang serba kekurangan kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang jauh lebih hebat. Ya Allah, semoga kehadiran Ramadhan ini memberikan seribu rahmat dan rezeki yang merimpah-ruah buat rakan2 blogger. Amin....

Wednesday, August 4, 2010

Satu masa....

Time ni we all satu dept, dibawah Mr. Khor
kecuali Valar secretary Mrs.


Sambut Birthday Dyla & Kak Ana jatuh hari yg sama


Muka baru lepas kawin masing2...


Time ni kalau tak salah aku pregnant 3 bulan,
dan hari2 terkhir owner company sebelum
diambil alih oleh org baru


Sayup jer tgk gambo2 ni. Tetibe aku tergodek2 external aku terjumpa gambar2 lama. Gila lama kot, seawal aku masuk keja kat tempat sekarang, 5 tahun lepas. Time ni aku baru kawen... Dyla, kak G pun baru kawen kalau tak silap. Kak Nita baru dpt baby sulung sekarang nak masuk 3 series. Tapi sekarang semua dah berhenti tinggal aku jer....Cekalkah aku? Steatment cam tungkik kan? Mungkin rezeki aku lebih kat sini. Rindu plak nak jumpa officemate lama. Tak silap minggu ni ader Birthday party anak sulung kak G kat Kinrara. Insyallah dapat jumpa balik semua.... Byk benda nak borak. Gelak tawa lawak cipan korang masih dlm ingatan. Yg tak bleh bla kita sakan sakat Manager sampai terbahak2 dan kes nota di balik cermin keta. Dan masing2 skrg dah ader blog & fesbuk sebagai pengganti khabar berita.

Tuesday, July 27, 2010

...dan lagi!







Kerje berat sikit lately ni, banyak poster nak kene design & prepare. Kekadang kene amik 'feel ' dulu cari idea. Bab "Culture Performance" tu setiap subsideries diminta hantar wakil utk bertanding dalam aper2 bentuk persembahan berunsur kebudayaan. Entah, dgrnyer our team decide nak buat "Bollywod Dance" masak.....!


Perang Poster utk Karnival Sukan Tahunan 2010 sudah pun bermula. So mcm biase byk aktiviti2 sukan mula bergerak mencari bakat2 baru... Yg syoknyer tahun ni we all ader "Pasukan Sorak" giler havoc bebudak ni. Aku?... Dulu ader gak masuk Tarik Tali. Tarik Tali tu Juara antara subsideries ok. yelah, badan sasa (GUmUK) kot time tu. Sasa kew? Tapi maybe thn ni try nak masuk futsal plak. Nak bentuk balik stamina. Bukan apa, time2 mcm nilah nak train balik stamina...Tapi sebenarnya aktiviti sukan adalah sebahagian dari kehidupan kita. Badan kalau tak der stamina dan langsung x berpeluh susah gak. Terase berat dan malas. Memang nak start balik perit skit, sakit2 badan, kejang & cramp. Tapi itu semua permulaan....Chow!

Friday, July 23, 2010

Minggu yg penuh kesibukan....

Mencilah gambo dgn Dayah, nampak aku gemok!


Sebahagian dr team Nasyid


Amboi....


Gedik time...!


Cheh...selaku pengurus Nasyid


1..2..3...

Terkejut ko Kak Khaty....


Chaiyoookkkk!



Alhamdulillah...skrg aku bleh bernafas skit. Sejak 2 minggu lepas memang jadual kerja sgt sibuk. Fesbuk jarang2 update, blog ni apelah lagi. Tapi jauh disudut hati memang rindu nak menulis...Cheh, bunyik cam penulis novel. Buku Teks KBSR pun blum tentu lepas. Biaselah, kebelakangan ni company byk aktiviti2 utk pekerja. Sbg salah sorang committee Surau dah Hal Ehwal Kebajikan Islam, kenelah take part utk program2 yg bakal dianjukan setiap bulan. Mcm tak cayer kan aku...? Ala aku utk keje2 grafik ni je. Biaselah poster, invitation card, memo....

Berbalik pd program aku, baru2 ni company ader anjurkan "Minggu Halal", so byk aktiviti menjurus pd Halal dan Toyyiban telah diadakan. Part aku arranged budak Nasyid. Seyes.....yg non muslim pun terhibur cause nasyid yg dibawa siap feturing lagik. Bukan sebab sedap pun suara, sebab lagu dia cam nak menari poco2. Bleh....? Lagu Jalinan by UNIC. Budak2 nasyid memang sporting habis.... Aperpun chaiyooook pd semua committee dan semua yg terlibat secara langsung & tidak langsung dlm menjayakan program ini. Ni pun baru lepas Kejohanan Bowling Antara Jabatan. Lepas ni sibuk plak dgn aktiviti sukan tahunan & Annual Dinner yg khabarnyer bertema "BACK to SCHOOL" giler beshhhlah! Sure teringat zaman sekolah yg penuh kenangan.















Wednesday, June 9, 2010

With My x classmate....after 7 years!


Congrates to Uncle Bob n Auntie Ina

X Classmate Graphix Dept. UiTM Batch 1999-2002
Sorang lagi terlambat Aida, maklumlah dah ader 2 askar


Kenyang peyut suka hati....!


Darwisy keep behave n bleh tunggu lama skit
tanpa merungut.
Thanks my little Darwisy!



Ini sebahagian dr x'classmate kat UiTM dulu. Seingat aku hampir 7 tahun lepas grad langsung tak pernah jumpa kecuali Ina, Noreen & Aida. Cause dorang dok Lembah Klang jer. Kak Z dgn Liliy lepas grad langsung tak pernah jumpa…itu pun berkirim e-mail jer. Dan memang sikit pun tak berubah walaupun usia dan peredaran waktu kian jauh. Terutama sekali kak Z & Lilly. Mcm tu jugak maintain. Single n available lagi. Gemuk tak, kurus tak dan yg paling pelik usia makin meningkat tapi riak muka mcm dulu gak time study. Byk kenangan selama 4 tahun kat UiTM dulu. Yg pontengnyer, masuk kelas lambatnyer, mengantuk tak tido sampai lambat hantar assignmentnyer, mcm2 lagi. Sehingga praktikal kat RTM dulu pun sering bersama. Tapi aku kurang skit joint2 aktiviti luar dorang ni, cause dlm semua ni, aku jer yg dok berulang dr class ke umah....mase tu mak apak aku cam kureng percaya dgn aku dok asrama sebab aku ni mudah terpengaruh skit. Lg pun En. Husband yg time tu bf aku, agak berat skit nak bg aku dok asrama, takut aku dok berasmaradana samarenda kat hosterl. Hek elehhhh lu...!

Kami berjumpa kembali last week di hari persandingan Ina kat Hulu Langat. Aku datang awal cause dr Putrajaya jemput en. Husband balik dr Competition Perahu Layar. Padahal time tu dgn terlupa bawak kad kawin nyer, aku gambel jer redah. Finally walaupun skit terlajak, tapi sampai jugak lebih awal lagi dr g lain.

Aperpun korang memang dlm ingatan walaupun ada antara kita yg sudah bekeluarga & membawa haluan masing2….ChaiYokkk n Keep in Touch!

Time to travel!

Time to driving!

Sebahagian dr perkara wajib yg perlu bersama!


Inilah time yg tengik utk aku telan....jem!

Biaselah, sejak keje kene travel ulang alik Bangi, mula2 cam agak jauh, tapi lama2 alah bisa tegal biase. Itu pun once a week jer tapi kalau keadaan kerja memaksa, terpaksalah ke Bangi lebih dari sekali seminggu. Tapi yg tak laratnyer kalau lambat skit balik dr office Bangi, mulalah jem dr Puchong sampailah depan Proton. Pernah ambil mase 3 jam sampai umah. Biasenyer paling lewatpun 1 jam setengah bleh pegi. Biaselah, org M'sia bleh dikatakan ramai yg mampu berkereta... kadang2 pernah terfikir, kehidupan kita ni sebenarnya byk dihabiskan dgn waktu2 kerja, selebihnya pandai2lah kita kene bahagikan dgn family dan yg lainnya....Ikutkan berapa jam sgtlah masa yg kita ada utk diri kita sendiri....