Tuesday, April 6, 2010

Tag Anda & Pemanduan



Kali ni aku nak buat Tag tentang...
Tag Anda & Pemanduan


Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Ya. Ini sebahagian drpd perkara WAJIB dlm hidup aku.

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
18 tahun selepas SPM. Bende ni yg aku merengek2 kat mak aku. Sampai mak nak jer melempang sebab hari2 aku memekak. "Nak belajar keta Nak blajar keta!"

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Hampir 11 Tahun

Pengalaman pahit ketika memandu?
Keta buat hal time time nak pi class. Dahlah bangun lambat, Tido tak cukup! Exam plak time tu.. Memang lauk aku time tuhhhh!

Pengalaman Manis?
Time raye mengangkut kawan2 seramai 7 orang.
First time dpt lesen. Bersumbat-sumbat dalam keta kancil. Bayangkan. Seronok masing2 dapat berhimpit2 asal dpt naik keta. Rayalah katakan….
Siap carik2 umah sapa lagi ek kita blum pegi. Kejik!

3 Tabiat ketika memandu
1. Pasang lagu sekuat yg mampu, selagi speaker tu tak pecah.
2. Malas nak isi minyak kalau nak balik umah. Malas nak menyinggah!
3. Dah separuh jalan baru teringat nak pakai seatbelt. Haiyooooo.....

3 Pantang aku time memandu bila…..
1.Keta tak reti nak bagi signal nak masuk simpang. WTH! Padahal kete Mercedes mewah yg lengkap dgn ciri2 keselamatan, tapi signal masuk air.
2.Time org nak pegi keje, dah lambat….org bawak keta mcm pegi Jom Heboh tgh carik2 parking. Punyalah santai gilerrrrr!
3.Org dah tunggu parking 1 jam, dia selamba beruk jer masuk, Time tuh gak aku maki2 siap hon panjang. Hambekk ko!

Pernah terlibat dgn kemalangan?
Kemalangan kecil yg melibatkan sondol-sondolan, gesel-geselan tu biase arrr. Yang lain2 tu, Nauzubilah mintak dijauhkan….

Tapi ader satu bende yg aku ingat sampai skrg pasal memandu ni….
Dulu time tu aku nak amik exam SPM, paper Agama Islam kalau tak silap. Mlm tuh sambil baring2 tgh study sebelah mak, aku buat permintaan spastik

“Mak, esok kalau org SPM dapat best mak blikan kancil erk”

Tau aper mak aku sakap?

“Belajar ye bongok, nak kancil !”

Bayangkan dgn slang2 jawenyer mak aku semis aku.

Tapi akhirnya aku dpt jugak. Semester ke 2, arwah abah belikan kancil baruuu. Tak dpt nak gambarkan perasaan aku time tuhhhh……
Mak & Arwah Abah penguat semangat buat anakmu yg byk songeh nih!

Aku nak tag:

1. Kak G Ryder

2. Kak Nit's Divas

3. Ina da Nasazfrog

4. Mama Oja Pna - Hang hutang tag lama x bayar lagi. Cepat!

5. Dyla Inas Mummy's



Friday, April 2, 2010

My Favorite Shoe

This tag form the "Vouge Mummy"…Kak G. Lama dah tak layan Tag. Sesekali syiokkk jugak! O.k, lets go to the point.






Aku suka pakai wedges. Nampak simple dan ringan. Nampak aku tinggi skit supaya dpt menyembunyikan badan yg gempal neh. Boleh? Nyeh! Nyeh! Nyeh! Tapi aku selesa dan senang nak bergerak laju2


Brand: Vincci
Price: RM 50 something
Year: Raya last year
Reason: Nak Raya






Aku memang pengumpul koleksi kasut tegar.
Tapi kalau dah suka satu tu...satu tu jelah aku pakai.Tapi sejak akhir2 ni aku suka pakai kasut bertumit penuh mcm ni. Bukan apa, senang nak bergerak dan selesa. Dan boleh disesuaikan dgn semua keadaan. Kenduri kawin, shopping...kejar anak.

Brand: Hush Puppies
Price: RM 200 something
Year: Feb 2010
Reason: Hubby belikan sempena Annivesary + aku mintak!






Aku nak Tag:
1. Chugie
2. Suriaamanda
3. Pyna Mama Oja
4. Anapplelife-Nuramalina
5. Diarihatiku 1976
6. Asna Cute
7. Marry Go Round
8. Cutemiut
9. Tuya
10. CrazyBeautiful88


Wednesday, March 31, 2010

Thanxs bebanyak kat "Suriaamanda"



Thanxs le bebanyak kat "Suriaamanda" cause bg award akak neh. Walaupun steatment "Beautiful Blogger" tu cam acah2 beutiful jer kat akak ni hah. Tapi sebagai menghargai persahabatan kita di jalur lebar ni, akak amatlah menghargai...Thanxs ya! Semua followers aku pun "Beautiful Blogger" juga....

*Ucapan memang skema, perut tgh fenuh makan nasik lemak lauk kerang. Maafkanlah erk....

Alam 30-an...Aerrrghhhh?!!!





Biaselah, nak masuk alam 30-an ni, aspek2 kesihatan mahupun kecantikan lebih menjadi perhatian tatkala garis2 halus dan pigmentasi mula kelihatan di sana sini. Sbg langkah untuk mengatasinya, aku telah menggunakan masker arang dr Cosway yg mana ianya sgtlah berkesan selepas shj digunakan. Aku dah hampir 2 tahun guna. Twice a week. Tapi bila masker dah kering, giler ketat nak tanggalkan dan time tu kita bleh nampak white head & black head yg melekat pd masker yg ditanggalkan. Memang puas hatilah setakat ni. Tak mahal, kalau offer dlm RM21. Dan aku memang penguna Cosway tegar. Dari penjagaan muka sampailah ke sabun basuh. Nak masuk 30-an ni, semua bab kene jenguk2 skit.


Tuesday, March 30, 2010

Apa nak buat ni?

Aku mengalami penambahan berat badan yg mendadak.
Perlukah aku.....?

Atau ini.....






Apa nak buat ni? Terasa badan makin menjadi-jadi naiknyer. Pemakanan langsung tak terjaga. Breakfast nasik lemak hampir setiap hari, lunch nasi + asam pedas + ikan goreng. Kang petang hi tea kopi+kuih yg kaya dgn kemanisan. Haiyoooo....memang aku tak berdiet sejak 3 bulan yg lepas. Main langgar makan jer sesedap mulut. Sudahnyer baju tak muat...tang peha + vontot. Bukan apa, aku planning nak tambah cahaya mata, so segala plan pemakanan diet aku selama ini aku tak sekat.2 Salah sebenarnya. Cause tak sepatutnya aku boleh makan semahu-maunya tanpa mengira kesan. Apalagi nak berjongging. Sekarang nak turunkan balik memang tak sesuai kot. Cause dibuatnya ada isi, sia2 jer apa yg aku buat. Maybe aku perlu mengawal sedikit pemakanan. Inilah problema kaum wanita spt aku...

Wednesday, March 24, 2010

Good Bye Energy Orange

Good Bye Energy Orange...

Dah masuk 5 hari kami tak berkereta. Pegi keje merempit. Sebab keta hantar pi "Make-Over". Keta ni tahun ni nak masuk 5 tahun, so sebagai menghargai jasa & pengorbanan keta ni, we all decided nak spray colour baru. Colour apa? Tungguuuu...... Memandangkan keta ni byk sgt hasil seni yg amatlah abstraknyer ditambah plak dgn garisan2 hasil beskal anak aku yg cukup berminat mencelah2 ditepi keta, kami nak buat make over supaya nampak terbela sehingga hutang habis bayar. En. Husband kata 3-4 org officemate dia beli keta baru. Alza la, Exora la. Tapi we all dah bersepakat utk tidak membeli kereta lain sehingga habis bayar. Kalau dah habis bayar, lain citer. Dah satel satu2 hutang sgtlah melegakan. Lg pun keta ni tak jalan jauh pun. Aku pi keje pun tak sampai 20 minit. Itu pun kadang2 En. Husband hantar. Kami hanya menjaga kesihatan luar dan dlm keta supaya ianya sentiasa nampak elok. Kereta inilah yg memberi 1001 kenangan pd family kami.