Tuesday, January 25, 2011

Annual Dinner 2010

Hotel Istana, KL


With My Bodyguard's


Model Kejung's


Tema Glam. Tapi dan tua2 ni...
pakaian kenalah menjolok mata & sesuei dgn usia


Lup..lup kejab lo.

Nak upload, tak sempat2...Tapi consider bulehlah kan? Ending 2010 yg lepas, attend to Annual Dinner 2010 @ Istana Hotel. Company provide lo... tema GLAMOROUS "Glam ker" sok'alannya? Aku simple mimple jer...asal ado cik Yah. Ni pun main sauk jer... Dan baru this year En. Husband follow cause sblm ni dia terikat dgn keje. Lagi pun dgn en. Husband, selamat pergi dan balik... yer tak? Memang seronok tgk masing-masing memperagakan badan dgn pakaian yg "Gam". Macam- pesenlah... Dasyat !!! Pd yg muda mudi, time nilah nak mencari cinta sejati...mana tau ?



Monday, January 24, 2011

Suprised Birthday Party En. Husband

Suprised Birthday Party utk En. Husband



SUPRISEDDDDD....!
Yabedabedu....suprised yg dirancang telah menjadi!!!!!


Itu Dia..... Mangsa! Mangsa!
Happy Besday En. Husband


Sayanggggg kamu ho....!


Saf & Zeeda
Couple yg pandai sembunyikan perasaan :P


Bakal biras : Umi & G-jan (adik en. Husband)


Haniff & Mai
Lo...lo...lo... sooo sweet


Dayah & Haziem
Cute tul bebudak ni!

Masing2...kenyeng sudah!


Noein selaku pengurus majlis
Thanxs so much dear. I really appreciated it



Thanxs pd semua yg terlibat dlm menjayakan
"Suprised Birthday Party En. Husband" saya



Alhamdulillah....berjalan lancar "Suprised Birthday Party En. Husband". memang En. Husband tak bajek yg aku nak buat suprised kat dia. Planning nak jumpa kawan kat Mc'D somewhere @ Shah Alam nak bg CD. Tup... Tup.... dia sudah kena. Dia memang tak perasan langsung cause birthday dia jatuh pd hari Isnin 10 Jan. Dan aku buat sehari awal cause on that day is Sunday. Memang tak planning lama nak buat dan atas bantuan adik2 angkat aku ni semua, suprised birthday party pun berjalan lancar. Memang tak ader cacat cela dan yg penting memang sgt suprised. Siap org2 kat Mc'd tu terkasima tgk gelagat adik2 aku yg cukup bertenaga dan kental menyanyikan lagu "Happy Besday" utk En. Husband yg ketika tu tergamam gila.


And on his Birthday, aku tak plan pun nak sent bunga kat opis en. Husband. Tetiba last minute order online dan hantar ke opis dia. Lepas buat order suruh budak hantar, aku terus kuar opis, ader keje luar. 2.35ptg Dia sms & dia betul2 terharu dgn apa yg aku buat. Dan bukan aku nak tarik perhatian dia dan bukan nak menunjuk2...tapi kami sudah bercinta terlalu lama dan tak pernah buat suprised langsung sejak kawin . Tapi kami akan cuba untuk menyemarakkan rasa cinta & kasih sayang kami yang berbelas tahun sejak dibangku sekolah... Dan nanti aku updated besday present utk sang suami ek....


*Buat en Husband setiap kali aku bersujud pd Illahi ku panjatkan doa buat mu agar beroleh kesejahteraan, ketenangan, kemudahan dan kebahagian kita sekeluarga di dunia & diakhirat. Amin....










Profile Pict alam 30-an

He...he...he.... semua org kutuk2 profile pict aku kat FB dgn mengatakan bahawa aku gila pangkat menepek gambar wanita yg kunun2 sibuk dgn kerja. Cis....!!!!!!! Ok...baiklah kamu, saya akan menukar profile pict yang kunun2 wanita yang suka membaca. Nah... lagi poyo bukan?? Lagipun bukan aku tak der napsu serakah nak tukar profile pict FB aku. Tak der masa....(bersidai kat meja yg byk makanan, byk plak masa).

Jgn katakan FB, belog saya ni pun jarang nak updated. Pemalaskah saya ini.....? Byk cerita nak kongsi patchai...tapi kamera saya buat hal. Sampai skrg tak sempat nak bercerita. Lg pun memang tak syiooookkkk kalau cerita tak bergambar (walaupun bukanlah niat menjaja muka sekadar menjadikan jalan cerita supaya lebih menarik). Tak pe..tak pe...nanti kalau semua dah dlm kondisi yg baik, saya cerita...Kan saya suka bercerita (walaupun adakalanya rakan2 sepejabat menguap2 menanti ending cerita saya)
*kenapa tetibe aku bahasakan diri dgn "saya"....? Ngeh... Ngeh... ngeh....



Tuesday, December 28, 2010

It's The Day....

Pilihan hati adik ipar "Umi Syahida"

Pilihan lemak berkrim disukai ramai
(sila tahan muntah anda)

Hantaran dr pihak lelaki. Jgn tanya mana hasil tgn aku

Sajer nak bg tau aku sponsor "kek"
Maafkan saya jika ada unsur riak yg tidak keterlaluan :P

Seutas rantai gelang berjuntai "Love"
Tanda ikatan tali pertunangan
(en. husband...kenapa waktu kita cincin kecik jer...)


Bakal felantin "G-jan"
Senyum dah tak bleh nak jimat2
Hati sudah berbunga

Noein mau ini kek...
Soalannya "Anda siapa ya?
Ibunyakah @ cikgu tusyennya...?"

Comelkan ? Mak mertua dgn bakal menantu
Kecik molek jer (suatu masa aku pun sebegitu)
Sambil belek2 pinggang sendiri dan mencubit2 pipi yg bak kuih bulan

Aku lupa diri bila budak2 ni turut mengekori rombongan
Maklumlah...terkadang terperasan muda dek lawak spastik
adik2 ni (Adik kah....?)

Teka...mana satu yg sudah berumahtangga
Sila menjaga hati penulis walaupun hakikatnya sudah terang lagi bersuluh


Nak ambik gambar dgn mak jugek....
Aku & Mak mertua yg sgt chill

Sila jgn bandingkan bentuk fizikal saya dgn bakal biras saya
Saya sudah masuk awal 30-an. Tetibe emo...


Selagi ada kodak...rolling!

To G-Jan
Sabar itu satu keimanan...Harap Maklum
Dari lagu "Jgn pegang2 ke Dinda Kanda"



Salam.....chup! Lama sgt tak come back (iyerkan shj jika penulis perasan artis Timur Tgh) . Lately ni aku sedikit sibuk. Maklumlah makan gaji....bukan kerja sendiri. Twice a week perlu ke Bangi Office. 120km pergi balik.... Blum lagi kerja kat sini yg menuntut aku bertangan spt sotong kurita. Mana nak jenguk blog sgt.. Tapi rindu nak jenguk juga blog kawan2. Sesekali ada juga aku mencuri2 pandang blog kamu semua. Cuma dari kejauhan, tanpa meninggalkan sebarang komen.

So..street foward. Last week adik ipar aku selamat mengikat tali pertunangan dgn pilihan hati Umi Syahida. Mcm tradisi abgnyer (en. husband) yang bechenta sejak dibangku sekolah...Lama woo dorang berchenta. Kalau x silap akulah...
Dpt pun org dekat2 umah. Tapi still x bleh lawan aku yg maha dekat. So jimat skit minyak keta. Cuma tak berjalan jauhlah...
Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar dan Insyallah akan disatukan sebelum Hari Raya thn depan. Makanya haruslah aku menempah baju yg termasuk dlm list pakej baju raya (tumpang tanya..pose dah qadakah ?). Majlis hari tu dlm suasana yg cukup sederhana tetapi meriah (skema tak bahasa mak...?) Aperpun kami sekeluarga mengharapkan pasangan ini bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin
*Aku excited jugak lah..sebab aku x ada adik kan....
Maklumlah...lagak spt kakak tu ader jugeklah :P Maafkanlah erk....

Wednesday, November 3, 2010

Hanya 3....

Waktu datang keje 8.00am

Lunch Time...1.00pm

....Balik 5.45pm !



ha..ha..ha...dr sekolah sampai skrg ni
Datang, rehat.....dan balik.
Adalah yg ditunggu2

Ada lagi satu....

hari JUMAAT
sebab hari SABTU & AHAD coti

ISNIN...?
"MONDAY BLUES"
lu pikirlah sendiri.....

*N3 terpendek yg pernah dipublish



Monday, November 1, 2010

A part of my life....


My current workstation 2006-until now


Moving, Jan 2006

Workstation 2006-Mid 2006
Sales & Markerting Office


Workstation 2004-2006
Tempat aku memula masuk keja & time pregnant
Byk kenangannya....:(



Diam x diam insyallah masuk bulan depan genap 6 tahun aku bekerja kat sini, in Biotech Industry. Sejak 6 tahun berlalu dah 3X workstation aku pindah cause pindah dept. Yelah dulu as private company, jalan ceritanya lain...dan skrg convert ke GLC company, lain pulak jln ceritanya... tapi position tetap sama "creating ideas" cuba dept jer yg berpindah randah. Cause bos pun pindah randah jugek. But now, since 3 years ago, alhamdulillah....aku stay dgn 1 department in Markerting Division. Bukan buat markerting yer dik non... aku buat promotion item like advertisment and all items for packaging design. Kadang2 kerja yg kene guna idea ni yg tak beshnyer kalau idea lemau. Tapi kalau semuanya mariii.....mau terlajak perahu sampai x rase cepat mase berlalu. Tapi aku memang suke men'deco meja aku supaya x bosan...yelah, kita kerja 8 jam kot kat opis, mau silau mata kalau tgk permandangan yg keras & suram jer..


Monday, October 25, 2010

Doa & Ikhtiar






1) AO PRO (84 tablet)
AO Pro USANA telah dibentuk untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan am serta untuk melawan kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas. Essentials USANA membekalkan asas pemakanan yang diperlukan oleh setiap orang dewasa untuk kesihatan harian. Tekanan harian dan pencemaran persekitaran telah mengakibatkan radikal bebas yang semakin banyak. Diet kita yang banyak mengandungi makanan terproses dan kurang mil penuh menyebabkan kita semakin memerlukan penokok antioksidan. AO Pro membekalkan antioksidan yang bermutu dan biowujud (bio-available) untuk memenuhi keperluan kesihatan yang semakin mendesak. Selain perlindungan antioksidan, AO Pro juga memberi badan kita zat-zat yang diperlukan.

2) CHELATED MINERAL (84 tablet)
CHELATED MINERAL adalah terdiri daripada suatu spektrum mineral yang luas, termasuklah zink, selenium, magnesium, kromium, iodin, tembaga, mangan, dan vanadium untuk kesihatan badan yang optimum. Mineral dan unsur surih mewakili kurang daripada satu-setengah dari 1% antara jumlah nutrien yang kita makan setiap hari, namun sekiranya tanpa mereka, badan kita tidak dapat menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak dengan berkesan. Mineral asas juga penting untuk metabolisme badan, pengekalan tahap glukos yang sihat dan fungsi imun yang sihat.
Tumpang lalu....ni bukan iklan menjual ubat tau. Just nak sharing aku baru dpt product ni pg tadi dr seorang member office.

Soalannyer....mengapa?
Sebab, aku ader KPI utk tahun ni yg aku x achieve 2 lagi. KPI bab keje dah nak submit. Tapi personal KPI blum nampak aper2 tande achivement. KPI yg dimaksudkan adalah utk pregnant lagi. So, for info aku memang sgt2 nak planning to pregnant cause my liltte boy nak masuk 5 tahun. Planning to pregnant after 2-3 year delivered Darwisy. Tanpa guna apa2 alat2 keselamatan jalan raya (auchhhh...scary !). Sebabnya aku tau aku ni agak susah skit. Time Darwisy pun dulu almost 8 month baru dpt (alhamdulillah....) tu pun berurut. Sebab dizaman remajanya aku mengelinjat main netball.
Bab kedatangan Mrs. P setiap bulan memang x miss dan konsisten. So bab tu memang insyallah x der problem. Maybe blum rezeki aku agaknya dan masih perlu berdoa dan terus berdoa... Tapi yg penting usaha & ikhtiar. Selepas itu baru bertawakkal..... So ader sorang member office just sharing yg dia ambil ubat ni x sampai sebulan, dah ader rezeki. Sedangkan selama ini dia menunggu hampir 1thn 1/2 nak pregnant. Maybe sedikit sebanyak ubat ini juga membantu selain doa yg berterusan dan kuasa Allah S.W.T
Aku minta dia orderkan cause husband dia yg belikan. Dan ubat ni perlu dimakan oleh kedua2 pasangan suami isteri. Aku ni pun nak bli ubat pun kene tgk2 ubat gak. Bukan main sebarangan beli jer. Takut2 lain yg datang. Tapi Insyallah...kalau ader rezeki aku x lokek nak kongsi cerita & pendapat....
*Kali ni N3 aku cam serius kan....?
Adakalanya kita perlu serius dalam sesetengah perkara