
Morning!....
Hari ni walaupun aku agak lewat skit ker kantor, tapi pepagi lagik aku dah senyum. Sajer. Nak kata hati tgh berbunga, biase jer. Nak kata dpt duit terpijak, dateline blum lagi. Tapi salah ker aku senyum di pagi Isnin yg nyaman ni.....?
Aku jarang senyum selangkah jer aku di parking kat office ni.
Pakguard pun naik pelik. Nak kata datang awal, aku lewat.
Smlm aku sent sms kat Cikgu form 5 aku.
Pn. Sabariah Hussin. Labih kurang cengginilah bunyikknya....
"Cikgu, Selamat Hari Guru.
Terima kasih atas segala pengorbanan cikgu sehingga saya menjadi spt skrg"
Lebih kuranglah....
Pastu cikgu aku balas
"Terima Kasih. Cikgu terharu kerana ada pelajar yg masih mengingati cikgu"
Wallamakkkk....sebak aku baca. Mengadalah ko yan!
Utk pengetahuan kamu semua, dulu aku sgtlah x memberi perhatian setiap kali cikgu aku ni mengajar. Dahlah dok belakang sekali...ada jer yg projek aku. Kalau cikgu baca blog saya, saya nak mintak maaf byk2....
1.Cikgu, dulu saya suka melambat2kan waktu balik tandas
2.Selalu lewat balik dari kelas Pendidikan Jasmani
3.Selalu tertinggal buku latihan padahal homework x siap. Waaaaa!
4.Pernah nak buat cubaan nak ugut cikgu lepas kejadian saya kene rotan kat bilik HEP. Tapi x jadik pasal Rosnizah buat ayat cenggini
"Wei...x berdosa ker kita nanti?"
Terus aku insaf dan x jadik.Cis...
5.Pernah mengumpat cikgu. tapi saya ckap sikit jer. Budak lain lagi teruk...
(Padahal kolah penambah rase gula garam memang cukup!)
*Sekarang utk classmate aku kat UiTM, korang taulah kenapa korang ajak aku buat KPLI aku tamau....Aku takut, budi yg x baik dibalas jua...waaaaaa!