Tuesday, December 15, 2009

Percutian budget...


Jom Bercuti...

Terasa ingin bercuti tapi dimana ya? Hujung2 tahun ni bergumbira dgn keluarga seronok juga kan? percutian yg suam2 kuku kaki kakak ku gitu...Tapi, percutian itu mestilah

1.Tempat yg x berapa nak jauh
2.Seronok
3.Tak memenatkan

Senang citer Percutian budget...
Dlm kepala otak aku ada 2 tempat
Cameron Higland, Lost of Tambun ....lain2 cadangan?

Monday, December 14, 2009

Tukar Anginlah....

Sebelum ni, kat facebook gambor si tembam

Nak letak gambo nilah plak.

Aku bosan plak dgn gambor wall kat facebook aku. Biaselah...aku ni cepat bosan. Kang tak sampai 2 minggu mak tukar lagik, dan lagik..dan lagik..... sudahnyer ko letak jerlah Yan gambo pasport ko tu hah. Nak2 lagi yg baru lepas pantang. Auummmm.... gambor terbaru ni tembam tersembunyik. Dari paras pinggang ke bawah. Identiti fizikal adalah dirahsiakan...Pirraaahhh mabuk!

Thursday, December 10, 2009

Skit2....bolehlah!




Nak kata pandai sgt mekap idaklah jugak. Tapi ni pung bli yg simple2 dan tak makan mase nak pakai. Pi keje touch-up skit2 jer. Tapi Elianto ni tahan gak dan hargenyer berpatutan. Nak basuh pun senang. Aku tak dernyer nak bli mekap mahal2. Mekap mahal2 tapi aku tak reti nak layang, pun tak menjadi. Tapi sekadar nak berlipstik dan berbedak o.klah. Aku selalunya hanya pakai bedak, lip gloss & eyeliner. Tapi eyeliner tu wajib. Sekalipun pi pasar malam... kalau tak, mata ku ni nampak sembab macam org tak cukup tido. Bawah mata aku ni memang problem. Nak2 lagi bawah mata dek pakai spec dari form 2. Macam maner ek nak hilangkan sembab? Kalau laki aku kata dia terpikat kat aku pasal pandangan mata aku ni, memang dia mengayat aku tak mengagak2... ingat aku ni budak kecik? Darwisy bleh arrr dia nak tipu....


Thursday, December 3, 2009

Kasut lagi....


Nampak mcm tak ape yg berlaku, tapi dan sebenarnya....


Aku dah tak der kasut ke office. Kasut memang ada tapi semua tapak dan tumit dah rosak. Menuju pintu lif office mengambil masa 5 minit berjalan atas tar dari parking keta. Hari ni J Card kan..kan..kan... ingat time lunch nak sambar satulah. Buat2 basahan pi kerja. Kasut yg sekarang ni memang surface jer nampak elok, tapi dek sebab tumitnya yg tebal, mengaburi mata pihak lawan. Padahal tapaknya dah hampeh. Tumit plak dah haus.... dan yg pasti pilihan kasut baru style mcm ni jugak. Ringan & simple! Jaja...apalagi. Ko teman akak yo.Toingggggg!

Friday, November 13, 2009

Esok sgt membahagiakan....!

Esok ibu kamu coti. Selamat mendera ibumu...!
Esok sgt membahagiakan....! 2 hari coti byk benda nak dibuat. Isnin- Jumaat otak dah kene perah. Ni plak tgh bertungkus lumus dgn KPI. Tak sabar esok nak dok umah. Tapi yg tak syiokknyer hari Ahad, cause pg Isnin esoknya dah nak balik ke bangku opis. Aku rase cam kejab jer skrg ni masa berputar. Pejam celik, pejam celik dah nak hujung tahun. Alahai, kejab benar rasanya. Lagi setahun nak masuk 30 thn. Apa pencapaian aku nih..?



Thursday, November 12, 2009

Congrates to Kak Atie...



Congrates to Kak Atie... tomey jer second baby dia. Ala tomey..tomey! Hari tu time lunch sempat pi umah officemate aku terjah baby dia. Alhamdulillah...selamat. Due Kak Atie lama lagi tapi cause dia bleeding penangan naik tangga sampai tingkat 4, esoknya kena tahan wad. Tak per..janji semuanya selamat. Utk Irsyad, kamu jaga adik ya, jgn nakal2 tau. Sian kat bonda. To Ashraf, semoga jadi anak yg soleh dan menyenangkan ayahda & bonda kamu. Jaja, sorry erk, hari tu akak bg salah intruction. Tapi at last sampai gak kan..kan..kan...?



Tuesday, November 10, 2009

Gajet tersepit!

Sian Tercepit....!
Susah kalau org tangan tak reti diam. Aku pantang nampak gajet2 kecik ni. Ader je tempat nak aku letak. Atas meja ku dah macam meja pengetua kindergarden. Kalau anak aku tau, assalammualikumlah....takdernyer aku nak letak2 mcm ni. Opis adalah umah kedua kita kan? So tak salah kalau kita nak adjust pandangan mata kita skit2....

Tuesday, November 3, 2009

Haip..haip...!

Ira, anak buah aku yg sulung 18thn, Izzat Haykal dah makin bujang.


Fateen & Batrisyia Anak abg aku yg no 2. Anak Mami Penang marri.....



Anak Buah aku no 2, Najeeha. Muka mature tapi baru form 1


Muka sengal terbaikkk yg pernah aku tgk.....!
Anak aku model tercepit.
Nilah anak2 buah aku. Kalau semuanya ada nampak mcm tak ramai tapi molot riuhhh yg amat. Kalau seminggu tak dtg umah, mak aku mula membebel cari cucu2nya. Ada sorang lagi incoming baby nak joint the club. Mau terkejut dek kejutan budaya cousin2 dia yg tak bleh blah. Anak aku plak nampak cousin2 dia mcm nampak Awan Dania...
* Anak aku fanatik Awan Dania. Nampak playback sengih2 mcmlah Awan Dania kenal dia. Seluar dalam ko pun ibu bli, jgn nak berangan nak jeling2 anak org. Lupakanlah.....!



Monday, November 2, 2009

Belated Present..!

Tua ko dah makcik!



Ni belated besday punye hadiah. Now i'm 28 years old. Aku pun dah lupa besday aku.. Actually aku tak harap apa2 pun. Iyer ker? Yelah, tak kan nak paksa2 org bli hadiah plak utk kita. Hubby tanyer nak apa? Dia nak blikan jam, aku kata jam aku elok lagi walaupun dah bercalar seribu. Jalan punya jalan, time aku nak bayar brg, aku tgk wallet aku agak daif. Aku agak wallet aso jual bayam lagi terbaiklah.
Aku kata nak wallet, suppppp terus belok kedai ni. Aku minat design ni sebab dia simple. Aku ni bukan branded2 punya org. Nak cari yg mahal2 dan berjenama jauh sekali. Kalau bleh biarlah nampak simple, cantik dan tak kopak duit nak membayar.
Tapi ni sebab org blanja. Dulu time sekolah, org lain sakan menggayakan brg2 branded cam United Colors of Benetton, DKNY, Esprit tah mcm2 lagi. Tu time sekolah tu. Aku? tgk jerlah....Tapi pengajaran yg aku dpt. Kita kalau nak sesuatu kita kena usaha utk dapat. Baru tau peritnya nak dapatkan apa yg kita nak. dan kita akan rasa bertapa susahnya nak membeli walaupun terpaksa menabung @ berjimat.
*Anyway thanks to my dear hubby. Actually tanpa hadiah pun adanya kamu sudah cukup menyenangkan buat saya!

Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah....

Najihah, anak akak aku yg no. 2


Hujan renyai2. Abg sulung aku & akak2 ipar aku


Mak menanti dgn penuh debar...


Bye..bey.. mak! Bye..bye.. Akak!


Dan ini org yg diamanahkan utk menjaga rumah


Nangis yg tak tahan tu...Azie & Najihah


Sedey woo..sob..sob..sob...


Aku? Biase jer, tapi bengenang gak...


Kak Intan aka akak ipar aku buat checklist!


Akak aku, anak2 suami tercinta!

Mak, mak mertua aku & kakak ipar aku


Berebut nak salam. Mak aku cam artis Astro Oasis


Ramai yg menghantar


2 org akak ipar aku sibuk menguruskan beg mak & akak aku.


Darwisy berjaya mempau ayahnya dgn Belon ini!


Muka baru sampai...


Perancangan awal ,teratur & mudah, alhamdulillah!



Doa kami mengiringi perjalanan mak & akak ke tanah Suci



Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat menghantar mak & akak ke tabung haji untuk menunaikan rukun islam ke-5. Dari mula hingga proses menghantar, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah dan moga2 segala urusan mereka disana dipermudahkan juga hendaknya dan pulang dgn Haji yg Mabrur.


Sedey tu biase2 jer, cheh! Air mata mengalir tu hapa? Peluh kah? Aku sedey bila anak2 akak aku mula menangis. Yelah, dari kecik sampai besau, belum pernah kene tinggal dgn mamanya. Azie anak akak aku yg paling bongsu 11 tahun, agak merah jugak matanya menahan sebak. Tapi kami sekeluarga, bersyukur cause hajat mak terkabul. Ini semua atas izin Allah dan tak putus2 doa mak. Abg aku yg sulung byk menguruskan segala proses urusan haji mak & akak dari awal sehinggalah ke menghantar di Tabung Haji. Dan dia benar2 memikul tanggungjawab sbg nak lelaki sulung dan memegang amanat arwah abah aku supaya dpt menguruskan mak ke Mekah.

So kita tinggalkan hal mak & akak aku. Mcm biasa, alhamdulillah aku dpt menguruskan segala amanah & pesanan2 pihak penaja (Pn. Rocky) sepanjang peninggalannya. Aku telah membahagi2 tugas dgn Tuan Besar. Tuan Besar memegang amanah di luar umah termasuk penjagaan pokok2 bunga kesayangan Pn. Rocky .

Ptg ni sudah ku susun jadual menu masakan yg akan aku hidangkan utk anak2 buah aku. Sedap 2 sedap korang makan jer. Kejam! Ucu tau weekend korang kene blanje aku tgk “Papadom”. Hapa? Ko ingat free2 jer aku jadik bibik korang? Kadang2 seronok gak kan mama korang tinggalkan korang. Mlm tadi sampai kul 12.30mlm korang tekun dgn lawak2 spastik membuli aku. Kalau mama korang ader, berdesup tajam lagi nyaring jeritan batin suara mama memanggil2 balik. Tenang jer masuk tepat ke corong telinga...korang tak tau jeritan aku mengalahkan petir !

Alahai si kecik...



Pagi ni dia buat hal. Mlm tadi elok jer dia siap nak tido2 bagai umah Nenek Jah dia. Pagi tadi sampai jer umah mak mertua, dia nak balik. Adoi... aku tgk muka hubby, hubby tgk muka aku. Nasib mak mertua pandai nak amik hati, dibawaknya pegi bli breakfast. Mak aku alhamdulillah selamat sampai di Madinah pagi Sabtu lepas. So selama mak tak ada, aku terpaksa hantar umah mak mertua aku buat sementara waktu. Darwisy kalau aku @ hubby ada dia nak tinggal umah mertua, tapi setakat ni dia belum pernah tinggal tanpa kami.


Biarlah..anak ni tak bleh dimanjakan sgt & tak bleh nak ikutkan sgt telunjuk dia. Lagipun tinggal dgn mak mertua, bukan org lain. Biar kasih sayang dia sama rata & tak berbelah bagi...

Thursday, October 22, 2009

Tercicir kah aku...?







Salam utk semua....
Aku ni selalu ketinggalan kan...? kan...?
Bukan apa, aku x der mood nak update Blog apelagi FB.
Lagi pun aku bukan kaki sgt. Ader mood aku layannn....
Tah kenape sejak sebelum raya lagi aku x der mood.
Nak kata sibuk, idak le jugak!

So for Nasazfrog by best friend in Blog, thanks for your reminder.
SMS berbunyik ngindu kat aku.... ingat gak ko kat aku.
And sorry tak dpt dtg open house ko.
Nanti aku pi umah abg ipar aku kat JB,
Insyallah aku singgah....
Ni aku upload skit2 gambor. Nanti aku upload lagi.
Raya dah basi kan? kan?
Raya haji blum lagik.....kira pakej hapa.
Sebut pasal raya haji ni, kali ni aku beraya menumpang kasih umah mak mertua.
Tahun ni, tak der nasik impit & kuah kacang @ rendang.
Mak & akak aku beraya sakan kat Tanah Suci.
Sedey jugak, tapi mak pergi buat benda yg sgt baik.
Aku & semua adik beradik tak mau kirim apa2
Cuma doakan kami anak beranak dihadapan ka'abah agar dimurahkan rezeki & bahagia dunia akhirat. Sop..sop.....sedih ka?



Wednesday, September 9, 2009

Sampul Raya- Spesial Edisen

Sampul Raya Spesial Edisen. Promote biz nampak?! Sajer, thn ni aku ader mood berlebih plak nak create something utk raya ni. Dalamnya jgn arr tanya kaler apa yg aku bagi. Rahsiaaaa...... kui, kui, kui. Kire kalau sapa2 yg bertuah ni, kira kengkonon cam speciallah. Ahh..jgn nak lorat. Tak dernyer, aku suke2 jer nak buat. Buat print2 sendirik. Kalau nak ikutkan byk sampul2 free dr bank2 & company. Lagi tantek2...




Tuesday, September 8, 2009

Bye! Bye ! Fatin...

Tgk jaja, chumel jer dia


Gangstar Siam


Eh, eh, eh....kamu!


Sempat lagik tu!


Fatin, bakal dokter gigi & Kak Nita


Waktu ni adalah hari2 terakhir Fatin bekerja kat sini. Kenapa dia berhenti? Tanya Kak Nita, sebab Fatin bekerja bawah Kak Nita. Kak Nita buli2 dia. Salahkan kak Nita...wo...! Tak derlah, dia nak future study kat Egypt. Muda2 lagi dah pegi negeri org. Yg saikonya, dia sakan puasa kat sini, tapi lagi 2-3 hari nak raya kene terbang ke Egypt. Kalau aku mau meraung.

Yg lain2 tu adelah periuh suasana. Si Noein dgn Mai sempat jugak masuk line dlm pd nak pegi netball trainning. Pantang nampak kamera. cam nampak kamera Astro. Habis, yg tulis ni...bukan lebih kurang ke? Grrrrrr......




Thursday, September 3, 2009

Mudah, Murah, Nikmat...Boleh?

Sosej yg jimat lagi nikmat!



Bahan-Bahannya:-
8 keping roti sandwich Gardenia (brand lain pun ok)
8 batang sosej ayam, celur 5 minit, angkat dan toskan
2 biji telur 1/2 camca teh serbuk lada sulah
Mayonise& Sos Cili untuk dijadikan gam

Cara membuatnya:-
UNTUK ROLL SOSEJ:-
Leperkan setiap keping roti dengan torak (alat penggelek pastri) hingga leper. Ketepikan. Dalam satu bekas, pecahkan telur, campur serbuk lada sulah dan kacau hingga rata. Letakkan sosej yg dicelur tadi dan Gulung roti. Gamkan dgn mayo dan sos cili secara melintang di hujung roti. Celup roti dgn telur dan goreng hingga kekuningan.

Sedia utk dingapp bersama sos cili thai @ mayo..
Amacam? Ada berani...?

Wednesday, September 2, 2009

Sluurrpppp!!!!


Ko tak senonoh tau. Tak balik ko, bulan2 pose tunjuk lauk pauk, segala juadah bagai. Ko tau tak apa hukumnya?! Makruhhh !!!! Tapi, aku tetiba gak teringin nak makan Tom Yam Kung & Laksa. Ni bukan teringin, ni namanya ko gedik geleman! Bulan poser goreng ikan bilis dgn kicap Tamin pun berselera.

Sapa plak yg aku nak kerah blanjer niiiii? Anak buah aku, tgh kaya skrg ni dpt duit bantuan sara diri dr Tabung. Tabung ****N. Dia sgt kedukut dlm semua hal, duit aku duit dia. Duit dia, duit dia. Manis ke peribahasa tu meh aku tanya ko? Tapi aku akan pastikan dia blanjer gak aku. Kalau tak ko Ira, jgn harap aku jemput ko balik. Haippp...haipppp!


Friday, August 28, 2009

Kamu!

Darwisy Rifqi Azmi
Aries (21 Mac-19 April)

Sekali melakukan sesuatu, dia akan selalu mengingatinya seumur hidup. Ini membuatkan si kecil Aries mampu melakukan banyak perkara lebih cepat dari bayi-bayi lain sebayanya. Keinginan yang kuat untuk melakukan segalanya akan membuatkannya menjadi seorang yang berjaya dalam segala hal.

Si kecil Aries juga memiliki mimpi yang besar dan akan berusaha utntuk memilikinya. Inilah Aries! Memerlukan dorongan dan sentiasa ingin merasa disayangi. Memiliki hati yang lembut di balik penampilannya yang keras. Mudah bergaul dan kreatif namun mudah goyah.


Thursday, August 27, 2009

Mata pun nak Beraya jugak...

Freshlook


Aku memang pengguna contact lense sejak 6 tahun yg lepas. Bukan sajer2 tau memang mak ngabun dr sekolah lagi. Cuma kat sekolah pakai spec, tak ado duit nak bli lense. Dah tu power bukannya skit. Kiri kanan 550 tahap kerabunan lo. Kalau aku tak pakai lense, satu keje pun aku x bleh nak buat. Aku x selesa pakai spec. Aku ni cepat pelupa. Kang tah mana2 aku letak, tup tup patah terpijak. So aku memang pakai brand "Freshlook". Selesa, O.k dan tahan lasak. Dah tak tukar2 sejak 3 tahun. Dan warna yg aku pakai adalah "Honey". Aku kalau repeat order, mesti pakai "Honey".

Aku rasa sempena raya ni nak tukar seleralah. Sebab aku kena tgk2 jugak color yg sesuai dgn kulit aku. Kang pakai color yg x tentu pasal, dah org tgk pelik. Aku ingat raya tahun ni nak tukar pakai color "Pure Hazel." Tak nampak cam color merepek sgt kan?

Kalau korang apa color pilihan.....?