Friday, November 28, 2008

Tag by AqeeL Mama!

Been tagged by G Ryder, check it out!

Rules & Regulations:#01 : Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

#02 :People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird thing/habits/little known facts as well as state this rule clearly

#03: At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names

#04: No tags back! Answers:


  • Seorang yg cepat marah, tapi cepat gak surutnya. Kire2 kalau org blanjer aku Kenny Rodges aku bleh maafkanlah….teruk aku!
  • Aku ni agak boros skitlah. Tapi azam next year, aku nak slowly2 control dan budget perbelanjaan aku.
  • Aku x bleh penat. Kalau penat mulalah aku migrain. Mulalah gak angin aku dtg. Tu sebab laki aku kalau tgk aku penat, dia cepat2 take over. Sebelum angin aku berhembus kencang.
  • Aku ni mudah simpati. X'specially dgn org yg lebih tua ataupun kanak2 yg daif. Time tu aku insaf sekejab dan berasa bersyukur dgn apa yg aku ada skrg. Kalau tgk Bersama Mu, sure touching!
  • Suka makan buah. Gila makan buah. Tapi kalau nak bli yg belum kupas kat pasar, memang jgn harap aku nak kupas. Pemalas ko. Tapi kalau org jual sebungkus singgit, sanggup aku bli sampai 5 hengget.
  • Sgt suka minum coffee ais + roti bakar berkaya. Yummy
  • Sama spt diatas, tapi aku nak tekankan…aku sgt suka makan. Aku kaki makan tau kawan2....
  • Aku kaki tido petang. Dr zaman sekolah menengah lagi. Kalau cuti sekurang2nya setengah jam mesti kene tido.
  • Seorang yg setia, penyayang dan suka buat suprise.
  • Aku x berkira dgn org…tapi kalau org tu dah start berkira dgn aku. Aku pun berkira dgn org tu!

Saper erk yg aku nak Tag ni? Sapa2 yg nak buat...silakan!

Thursday, November 27, 2008

Meeting Again!

Chup!

Kasut Pemandu Berhemah. Korang ader?


Dah Sampai...Alhamdulillah


Pharmaceutical Company


Satu hari beb. Kebas kaki den!


Dept. Meeting


Belum2 bulan Dec dah penuh. Mc'D jer lunch aku?!


Nak tgk Bos Aku x?


Tara...yg hujung. Tabik Puan! Yg baju merah tu Secretary dia, Karen.


Balik Time



Mcm biase setiap 25hb, ader dept meeting. As usual kat CCM Bangi. So, pg tu overall traffic sedang2 jer. Tapi nak masuk Puchong agak mencabar gak. Tapi ryder mesti menghadapi keadaan litar dlm aper jua keadaan. Sila Muntah secara Berkumpulan! So, smlm satu hari aku x masuk office. Saper2 yg ckp aku mengular, meh sini aku belit kepala dia. So dlm perjalanan mcm bosan, kejab2 tangkap gambo. Lori bawak simen sebelah keta dok jeling2 aku mcm pelik. Aku baru dtg Malaysia la...jakun skit! Sibuk buat apa?! Balik tu aku terus pi Klang Jaya, nak amik paper bag yg abg aku tempah utk Majlis Berkhatan anak dia this week. Hujan gila babai, tapi spt yg aku maklumkan sebentar tadi, ryder mesti menghadapi keadaan litar dlm aper jua keadaan. Geli ginjal aku baca. Sampai umah kul 7.30mlm. Adoi ya..letihnyer lahai! Esok keje makin bertambah. Dan lagi..dan lagi.


Tuesday, November 25, 2008

My Homework


My Homework given by: Cutemiut78

1) do you think you're hot?
Hot? Hot Market? Hot n Spicy?..
kalau Hot Plate layan gak aku! Hot ker aku?..

2) upload ur favourite picture of u.. tu kat atas

3)Why do you like that picture? Tah…tangkap muat jer.
Mcm nilah muke aku seadanya aku.
Gemuk dan Kaki Makan! :P

4)When was the last time you ate pizza?Luper, tapi ini yg buat aku nak makan Pizza balik nanti.Pizza Maggie bleh? Siapa suruh tanyer?!

5)The last song you listened to? Lagu ringtone handset den. “Runway”

6)What are you doing right now besides this?Tgh tunggu Autie bawak lauk yg aku kirim. Lapor! dan tgh layan tag ni.

7)What name would you prefer besides yours?YanDarwisy!

People i tag :

1.Fuadnis

2.G’Ryder

3.Dalila

4.JM

5.Alang Big Mouth


8)Who is number 1?Anis.Blogger yg jauh dimata, dekat dihati(Anis, ko dpt bonuskan bulan depan?)

9)Number 3 is having a relationship with?Dyla.Good Friend n haved interesting experience in her life!

10)Say something about number 5 Kak Lang! Hanya satu klik, persahabatan boleh terjalin.

11)How about number 4? JM. Masih mengenali dan sweet orangnya. (Durian longgok satu!)

12)Who is number 2? Kak G'.Kawan sekepala yg bakal meninggalkan aku di Ofiice nanti. Tak mau citer…sedih!


Monday, November 24, 2008

Aper masalah dua beranak ni?





Nilah penangan anak lelaki. Aku tukang sorak jer kat tepi. Kang kalau ader yg kalah, pastu baru sibuk2 cari aku. Aku kire dlm citer ni batu api lah...Tengokkan jer!

Friday, November 21, 2008

Bantal Busuk Sapa ni?


Ni bantal busuk kepunyaan siapa tertenggek ayu atas meja aku ni? Ni dah lebihhh.... Nak tido pun balik umahlah. Ni tempat keje, bukan Hotel atau rumah tumpangan atau chalet tepi pantai. Kalau aku tau sapa punya, aku gantung betul2 depan pintu bilik HR. Datang keje siap bleh bawak bantal plak.. aper kes?! Tapi sekali pandang mcm kenal, 2x pandang macam comfirm. Comfirm ibu Darwisy punyer! Sapa ibu Darwisy angkat idung......?!

Menjawab Tag CuteMiut...

Jauhlah plak, x nampak!

Aku close-upkan skit...


Siap tunjuk pen singgit lagik bleh?



Mintak maaf bebanyak Pn. Cutemiut78. Siap penuh lagi aku bg...biaselah org dah bersalah kan? Hari ni aku gagahkan semangat menjawab tag dr mu.. walaupun agak terlewat. Tapi aku x forwardkan next week tau... (Banyaklah ayat2 org bersalah ni kan?). Anyway mintak maaf byk2 sekali lagi. Dan utk pengetahuan semua, sejak sekolah sampai keja la ni, aku memang sgt malas nak menulis. Tgk tulisan aku..nak kata doktor, jauh sekali..






Wednesday, November 19, 2008

Lagi..lagi Darwisy!

"bu..nak tu bu, nak tu, nak car"


"acyehh"

Puas hati ko Darwisy ?


Pastu pandai plak nak explore2 sendiri.



Budak kecik ni memang banyak bunyik. Baru ibu ko ni nak bersenang-lenang, dia dah mintak itu, ini. Replika keta tu dpt bli minyak kat Shell. Dah kaunseling dah dia, jgn buat main. Nak simpan cantik2... Ikut angin dia, kalau nak sampai ke sudah buat pe'el. "Ni car Awisy. ni car Awisy". Siap naik atas meja. Ko ni betul tau Darwisy. Aku yg bleh dikatakan lion queen ni x ditakutnya. Aku malas nak dgr dia bising2 aku bglah jugak...Kalah lagi aku:P




Seseorang yg sgt malas...?

Muke malas...seawal pagi


Minyak dah kong Yan ni oiiii....


Adoiya...beratur lagi ka?



Seseorang yg sgt malas...?
Wah? steatment bleh buat org keliru ni. Kang x pasal2 jadi cam Melodi. Aku memang sgt malas nak pi isi minyak... Kalau drive nak menonong jer. Malas nak benti2. Nak2 lagi kalau jalan nak menuju ke balik umah. Kalau isi biar sekali penuh utk pi kerja seminggu...Bukan apa, malas nak turun, slot dan pam. Ko nak buat tangki minyak petrol blakang umah ker Yan....?




Tuesday, November 18, 2008

Penangan Dress Sylim?




Ni semua gara2 aku cuba satu ubat Dress Sylim. Korang pernah dgr x?. Aku memula memang x nak cuba benda2 mcm ni. Tapi tulahkan, mudah sgt terpengaruh...aku bli jugak. Aku telan 5 biji waktu sblm tido. Esok pgnya...mak aiiii perut memulas2... Sampaikan aku nak jatuh sebab semua dah keluar dan badan aku ni x der aper dah lagi. Memang ianya buang toksin dan racun dlm badan. Aku ambil berselang2...kalau aku makan mee goreng ke, nasik lemak ke, lepasnya aku memang akan ke toilet. Aku sebenarnya bukan nak kurus, tapi nak buang toksin, racun dan angin dlm badan. Memang puas hati jugaklah cuba ubat ni. Tapi yg tak laratnya dok gi toilet. Sehari dua layan ubat ni, badan aku mcm lemah skit. Akak tu ader kata, tindakbalas pembuangan toksin dlm badan...yolah tu.

Hari ni pun aku letih lagi. Mungkin sebab letih poser. Smlm dan insyallah seterusnya aku nak ganti poser aku yg mmg byk giler tertunggak. So aku ambil ke sempatan waktu maghrib yg cepat (7.00 pm) utk ganti poser. Smlm kengkonon nak buke kuew teow tom yam... dek kerana malas nak menyinggah kedai tom yam, menonong jer aku laju. Pn. Rocky dah masakkan utk aku pucuk paku masak lemak, ikan goreng dan sambal ikan bilis kering. Kalau mak letakkan biskut Cap Ping Pong dgn air sejuk pun lalu gak aku telan. Perut kosong.... aper pun layan. Mlm tadi plak tido awal, hubby den tolong cover. Mate x larat. Badan sakit2. Mcmlah aku keje bawak lori.

Thursday, November 13, 2008

Ko ingat aku x bleh nak jwb Tag ko Fina?

1.The person who last tag u is:
Fina
2. 5 Impression of her:
Walaupun aku baru kenal ko, tapi aku dah lame nampak ko. Sejak kat Fakulti dulu. Time tu ko tgh sibuk bercinta. Maner nak kwn dgn senior. Anyway...
Setia, friendly, rock kapak, kreatif dan tomey!
3. Your Relation with her:
new Friend, my ex junior! X nak kalah jugak tu…

4. The most memorable things she had done for you:
Menerima salam perkenalan ku, Ewahhh.
5. The most memorable things she had say to you:
ko pernah kate aku seorang yg baik hati kan? kan?

6. If she become your lover, you will:
Jgn nak merepek kerepek!
7. If she become your lover, thing she had to improve will be:
...x dpt nak bajet.
8. If she become your enemies, you will:
tah, bleh ker ?
9. If she become your enemies, maybe because of:
Serasi
10. The most desired thing you want to do for him/her now is:
Bg patung “chicky meal”
11. Your overall impression of him/her is:
Friendly dan gila2.
12. How you think people around you will feel about you?:
Friendly, penglipurlara, lucu, baik pun jugak dan becok
13. The characters you love of yourself are:
Pendengar yg baik
14. On the contrary, the characters you hate yourself are:
Boros...bukan Bolo
15. The most ideal person you want to be is:
”Wonderful WOMAN
16. For people that care and like you, say something to them:
Terima kasih daun keduak, kalau bleh jgnlah luak
Harap ko puas hati yer Pn. Fina...pastu jgn luper bg aku voucher membeli belah kat Sogo...bukan Sogok tau!

TaG lagi ker ni?

TaG lagi ker ni? Yer...tapi simple jer, sajer suka2...
Buat satu jadual bertulis yg benar lagi suci kesahihannya tentang...
"Seawal celik mata kita - masuk keja - sampailah ke terlelapnya 2 bijik mata"...bleh?

6.30am-7.30am : Bangun, mandi, solat, bersiap

7.30am-8.00am : Drive ke office..weng..weng! (Kadang2 Hubby hantar)

8.00am-8. 25am: Parking, punchcard, berjalan sejauh 500 meter.

8.25am-8.40am : Breakfast depan pc, on pc, tgk blog sampai buat2 terlupa tgk jam, Spot check tray. In n out keje2 aku. Maner2 keje yg urgent.

8.40am-12.55am: Layan keje yg x pernahnya habis sambil buat lagi secawan coffee@ teh serai wangi disaksikan lingkaran biskut Hwa Tai yg beraneka rupa dan rasa. Sambil tgn dok u'sha2 mouse dan keypad

1.00am-2.00pm: Melantak time.. with my officemate Kak G, Kak Ana, Kak Nita(skrg MC cause ader masalah kesihatan). Sambil sok sek2, biaselah pompuan. Antara tempat biase Food Court Jusco, Kedai Makcik Pahang, Pak Li, Food Court Giant, kengkadang kalau malas kuar, kirim autie cleaner bli kat kedai mak depan tu (Dyla, sila kenangkan kembali saat2 manis bersama warung mak)

2.10pm-5.45pm: Sambung keje mcm biase, curik2 layan blog, solat, layan tea time, sambung keja lagi...dan lagi...

5.45pm-6.15pm : Drive ke rumah

6.15pm-11.00pm : Mulakan kerja sebagai suri rumah, solat, layan suami dan anak, pi class kalau ader appoitment.

11.00pm-11.30pm :Bersiap nak pi tido, nak tidokan si kecik blum tentu kul 11.30 dah titun...

Itulah sebahagian dr kehidupan aku, walaupun sederhana tetapi aku cukup bahagia
Alhamdulillah.....


Aku nak Tag siaper erk....

  1. Kak G
  2. Dyla
  3. Cutemiut78
  4. Anis
  5. Yayan
  6. Fina

Chup....!Layannn.....



Tuesday, November 11, 2008

Welcome DJ Julia KLFM

Hi Zara...DJ Julia with Hubby!

Tomey kan dia?


Thanks ya dtg umah Auntie Yan....


Sorry Julie, aku x sempat nak masukkan gambar kiter. Aku bzzy skit. Anyway thanks sudi dtg umah aku di pernghujung raya. Krim yg ko nak tu..alamak! Dah habis. DJ Julia ni, classmate aku merangkap kawan sepermainan aku. Kawan mengaji, kawan berbasikal ke sekolah...sampailah dia berjaya menjadi DJ radio KLFM. Ko ingat x kiter curi buah bachang kat depan umah Mak Jah (skrg Mak Mertua aku) ? Ko ingat tak kita jatuh basikal dlm parit? Semua itu kenangan beb! Bleh singgah blog dia... http://djjuliaklfm.blogspot.com/ Comey Zara Qistina. Thanks ya Shazrizal pun... So Sorry x dpt dtg open house umah hang kat Putrajaya. Ader rezeki kita jumpa!


Nak Bukak Kedai Kek Pulak....?!

Stationery

Company Logo


Tak der maknenyer...usahlah deme berharap. Masak pun ala2 jer, nak buat kek2 bagai. Aku ader satu cilent (Ceh..dah pandai berclient2 dah skrg) nak mintak buat 'rebranding' kedai kek dia. Ala..kedai kek dekat2 umah aku tu jer... Dah 4 thn bukak kedai kek. Logo dgn design kedai pun x ado...Apekah?


So kebetulan, kek dia sedap dan akak ipar aku tempah 1000pcs Cup Cakes utk Majlis Berkhatan Heykal nanti. Dia mintak aku buat design utk kedai dia...Nama Kedai dia Kedai Kek Mawar. Tah..minat benor dgn bunge mawar kot. Rezeki hujung tahun...alhamdulillah!


* Bleh korang2 komen skit? Ala buat geli2 jer....chup! Layan..



Siaran Tertunda.... Sorry Kak G'

Start : 9.00am

Name : Suhariyanty (Yan)

Sisters : 1 Sister (mama)

Brothers : 2 Brothers (Abg Danie n Abg Nizam)

Shoe size : Size 7

Height : 164cm...

Where do you live : Rantau Panjang, Klang

Have you ever been on a plane : Not Yet!! Kesian kan aku?

Swam in the ocean : Biase2 jer.X minat berenang. Walaupun Hubby n My Son minat.

Fallen asleep at school : Rekod cemerlang beb! Bleh tahanlah….

Broken someone’s heart : Pernah ker?...ader kot!

Fell off your chair : Ader, tapi bende2 memalukan ni, x mau ingat.

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Aderlah..sampai tertido depan phone. Handset kalau bleh nak dekat2 tul tepi telinga. Supaya x miss. Bercintalah katakan…uwekkkk

Saved e-mails : Yes

What is your room like : Yg penting byk ruang simpan brg. Aku pantang bersepah.

What’s right beside you: My ofismate, Mageswary si penglipur lara

What is the last thing you ate : Pg tadi Mee Hoon dgn telur mata + kopi Red Guara Café.. Aku ni kaki makan tau x? Ingat tu…

Chicken pox : Darjah 6

Sore throat : Jaranglah…walaupun aku kaki menjerit kat umah.

Stitches : Sekali, lepas bersalin. Ngeri wooooo

Broken nose : Dijauhkanlah…

Do you Believe in love at first sight : Yup!

Like picnics : Suke banget!

Who was/were…The last person you danced with : Dgn si kecik Darwisy, menari latin. Konon cd excersize…lepas menari melantak maggi dgn milo

Last made you smile : Kolat, kucing angkat mak aku. Dok mengintai2 tepi pintu dapur nampak kucing jantan kampung melintas. Siap mejeling. Pastu mak aku segah dr belakang “Ko x layak berkawan dgn kucing ini. Beliau anak orang kaya tau” tah aper2lah mak aku…. Beliau tu….

You last yelled at : nope!l

Today did you…Smile to someone you like : Laki den, time nak pi keja salam dia,…dah tu dua2 tersenyum.

Kissed anyone : Mak, Darwisy, my hubby, anak2 buah….

Sick : Tonsil 6 thn dulu

Talk to an ex : X hengin aku!

Miss someone : Kawan2 sekolah, cikgu2, classmate UiTM Shah Alam…

Who do you really hate: Pengkhianat, Makan kawan, penipu,

Do you like your hand-writing : Kadang2 nak cepat mcm sengal.

Are your toe nails painted : Membazir!

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Katil diraja

What color shirt are you wearing now : Kurung benang hitam berbunga pink.

Are you a friendly person : Aku mmg suke berkawan. Nak2 lagi dpt satu kepala.

Do you have any pets : Kucing angkat mak aku. Actually kucing akak ipar aku. Dia hantar umah mak aku sat..nak buat semburan kat umah. Takut terhidu racun…!

Do you sleep with the TV on : Selalu gak.Tapi x kusyuk…bising

What are you doing right now : Tekan2 keyboard, sambil susun ayat
Can you handle the truth : Tgk jugaklah.

Are you closer to your mother or father : Mak aku. Dgn arwah abah aku, aku kureng skit. Jarang bercakap. Ckp biler perlu.

Do you eat healthy : Pirrrah…semua aku layan! Aku kan kaki makan!

Do you still have pictures of you & your ex : Kalau ader laki aku dah bakar dulu.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : kengkadang kalau perlu layan sendirik jer, kalau berat citer kat hubby…x bleh jugak nangis!

Are you loud or quiet most of the time : aku loud jer memanjang.

Are you confident : tgk keadaan…Ader gituw?

5 things I was doing 10 years ago:
-Amik SPM
-Jage anak buah
-Keje kedai bunge
-Bercinta
-Belajar x habis2 kat Uitm


5 things I would do if i were a billionaire:
-Selesaikan segala hutang-piutang
-Buat aset
-Bersedekah
-Bli keperluan dan kehendak
-Menyimpan

5 of my bad habits:
-Keje last-minute
-Kalau malas pi keje main tibai cuti
-Susah nak pantang utk berdiet
-Degil
-Boros

5 places I’ve lived/living:
-Jln Kapar, Klang
-Rantau Panjang
-Rantau Panjang (my sister house)
-Rantau Panjang (umah mertua house)
-Shah Alam (my brother house)
Bertapa x berkembangnyer aku…..

Finished : 9.05am



Thursday, November 6, 2008

Kanser Payudara...?


Kanser Payudara...?
Aku Nak jwb tag dr Fina. Ko dah pandai erk nak tag2 aku skrg ni. O.klah aku jwb....blanjer aku nasik kandaq. Bleyyyy?

Aku baru lepas borak dgn kak G pasal breast cancer ni, siap tanyer kat maner erk, kalau nak cheack-up. Bukan aper, risau gak. Mencegah lebih baik dr mengubati....kan? Sebab setakat ni adelah org2 disekeliling aku yg dah kene mcm ni. Mcm member aku, mak dia meninggal dunia disebabkan brest cancer, sedare bla auntie aku...ader gak.

Bukan aper, kita ni jgn terlepas pandang dgn bende2 mcm ni. Selagi bleh cegah, baik kita pi cheack-up...Lagipun bukan susah pun. nak lagi detail pi buat medical cheack-up.

*Fina, ko pandai erk nak promote insurans ko. Nanti ko! Aku akan ambil gak satu hari nanti. Skrg ni dok perabis dulu insurans company...



Menjawab tag Pn. Dalila...

Image lambang kekeyangan...Huaaahhhhhhhh!



Tu Ibu Inas, Pict ni baru di ambil jam 2.20ptg waktu CCMD. Baru lepas kenyang mencekik asam pedas yg sgtlah sedap. Tapi itu bukan persoalannya. (Sambil goyang2kan jari tunjuk depan monitor) Dgn make-up dah ala2 jer, muke pun baru lepas kenyang, tinggal lagi mate je yg mcm sayup2 memanggil bantal sambil diselubungi accond, adoyyyyy.... syiok mak ai!. Bukan aper, sajer back to 3 years yg lepas. Fesyen tudung inilah yg ku peragakan sebelum aku berkecimpung dlm fesyen tudung alal2 gibsi.(Tul ke aku eja ni?). tapi kini aku tukar2. Agak2 boring aku tukar fesyen.... Aper2 ajerlah ko Yan!

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now
Panas lagi ni tau...semangat nak jwb tag!

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture
Tudung senget bleh betulkan tak?
3) Post that picture with NO editing-X der pun...
ori yer mak!
4) Post these instruction with your picture.
Yup bos!
5) Tag 10 people to do this
( erm...?)


Tuesday, November 4, 2008

Menjawab Tag Kak G'

Ader gambar baru layannnn



Best gak layan tag2 ni kan....? Memandangkan kami bercintan-cintun selama hampir 15 tahun, memang byklah lagu2 yang menyemarakkan lagi percintaan kami. Adoi...jiwang lencun x henggat beb!. Sebab kalau time gaduh, lagu lain. Time rindu membara mcm impak maksima, lagu lain. Ha..kerjenyer dok menyalin lagu bawah meja. Cikgu Math suruh salin formula, itu kerje aku. Siap member sebelah tanye soalan mcm nak mintak penampar "Aper ko tulis ni woi ader bunge2 kat tepi"


1. Awal bercinta: Sejiwa - Spring, Poyo!
2. Pertengahan bercinta: My All - Mariah Carey,
(time ni upp skit lagu omputih)
4. Bergaduh : This I Promise U- NSYNC, Jijik tul...merah mate konon tahan merajuk!
5. Bertunang : Kau Kekasihku - Mak Iti
Hak Tuiiiii! layan gak Mak Iti aku ni. Ni time tu je..
4. Nak Kawin: Permata Buat isteri, Kopratasa. Ni pilihan Laki aku. Kire Insaf sekejab!
6. Skrg : Ku Merindu: Ella & Shah - Ni best! Same2 nyanyi utk permata hati kami!


* Diharap Kak Gee amatlah berpuas hati erk. Memang time bercinta sgtlah menggelikan hati kami. Tapi kami bercinta dr sekolah beb. Esok2, akan aku tunjukkan ader 2 buah kotak berisi gambar2, kad2, hadiah, bunge kering masih simpan....kata kau kunci cintamu dlm hatimu...ha amik!









Mau angkat satu...

Tara...
"Best gak keta ni. rembat satu, layan gak ni...."
"Tapi ni cutting body tak marilah, tayar pun kecik, tak per bleh modified"
"Tokey, saya mau angkat ni satu. Saya mau angkat saja, bukan mau beli ma..."
Achaittttt........!
Lorat budak kecik ni. Banyak ko punyer angkat Darwisy. Ko bayao pakai aper? Ko ingat ibu ko ni ader gudang jongkong emas? Gadai beskal ko pun blum tentu dpt bli tayarnyer tau. Si Kecik ni mmg minat kereta. Asal pi Jusco, nak bli keta. Asal pi Pasar Mlm nak bli keta...x kisahlah baper ringgit, janji keta. Keta sorong atuk daud depan umah ko x minat plak yer...

Monday, November 3, 2008

My Officemate Weeding!

Waida with Hubby!


With Kak G n Aqeel


Suke menyakat Aqeel ni.... tapi tetap maintain


Kak Atie. Hubby n Irsyad


Ini budak sudah pandai cakap..." Nak balikkkkkkk......!"
On Sunday, cadangnyer ader 2 umah pengantin yg harus diterjah. Banyaklah ko punyer terjah Yan... Kawan office hubby n me. Tapi at last umah kawan aku jer yg sompat di terjah. Cause hubby x bawak balik kad member dia. Dan x tau umahnyer. Lor....bijak tu! So pilah umah offiicemate aku jer. Nasib dokek. Kat Sri Andalas... Waida ni dpt satu company gak. Keje same, jodoh same...baguis. Satu payslip tu....Anyway Congratulation erk...!